Drama Online "Kerana Karina 2: Episod 1" Hari ini !!!

Posted Sabtu, Mei 17, 2008 by Lelaki Herba in Labels:




Peminat drama online pertama Malaysia, Kerana Karina pasti ternanti-nanti kemunculan sambungannya. Nah, usah berharap lagi, kerana hari ini anda boleh menyaksikan episod pertama Kerana Karina 2 di gua.com.my.




Musim pertama berakhir dengan 834,000 hits, satu jumlah yang cukup baik untuk drama online pertama. Semoga musim kedua ini akan lebih ramai pelayar internet menontonnya. Episod baru setiap Isnin, Rabu dan Jumaat.



Menampilkan Marsha Londoh sebagai Karina, musim kedua banyak perubahan yang berlaku kepadanya. Selain terpaksa berdepan persaingan dalam kerjaya dia juga berdepan masalah cinta.

Kehadiran pelakon Norman Hakim menyerikan lagi drama berkisar cita-cita dan cinta ini. Begitu juga penampilan peserta OIAM 2, Tunku Tiara yang memegang watak Zelfa, dan Nabil (Mentor), menjadikan Kerana Karina 2 sebagai platform untuk terjun dalam bidang lakonan.


Watak lelaki lembut lakonan Ngasrizal Ngasri atau Bell, pasti menjadi karekter paling diingati. Begitu jaga Sazzy Falak, Roslan Aziz, Chelsia Ng dan Zizan Nin, kesemua mereka muncul dalam Kerana Karina 2 ini.

Musim pertama berakhir dengan 834,000 hits, satu jumlah yang cukup baik untuk drama online pertama. Semoga musim kedua ini akan lebih ramai pelayar internet menontonnya. Episod baru setiap Isnin, Rabu dan Jumaat.

Source: Gua.com.my

by Syaliza Shapiansuri

16 May 2008




0 comment(s) to... “Drama Online "Kerana Karina 2: Episod 1" Hari ini !!!”

0 comments: