GUAMUZIK SUPERGIG 2008

Posted Selasa, Mei 27, 2008 by Lelaki Herba in Labels:


Berita baik untuk semua peminat muzik di luar sana, GUAMuzik dengan sukacitanya akan membawakan sebuah konsert hebat sempena meraikan pelancaran portal muzik www.guamuzik.com.my yang telah pun diadakan sejak 14 April lalu.




Konsert yang dinamakan GUAMuzik Supergig 08 ini bakal berlangsung di Komplek Sukan Negara, Bukit Jalil pada 30 Mei ini, jam 8.30 malam. Bersedialah untuk berpesta bersama nama-nama besar dalam industri hiburan tanahair seperti Estranged, Meet Uncle Hussain, Butterfingers, dan tidak ketinggalan, Ratu Rock Malaysia, Ella.



Konsert yang dinamakan GUAMuzik Supergig 08 ini bakal berlangsung di Komplek Sukan Negara, Bukit Jalil pada 30 Mei ini, jam 8.30 malam. Bersedialah untuk berpesta bersama nama-nama besar dalam industri hiburan tanahair seperti Estranged, Meet Uncle Hussain, Butterfingers, dan tidak ketinggalan, Ratu Rock Malaysia, Ella.

Kepada peminat kumpulan Estranged, pastikan anda berada di konsert ini kerana Estranged akan menyampaikan ‘single’ terbaru mereka yang dipetik daripada album terbaru mereka nanti. Kumpulan Meet Uncle Hussain yang sedang ‘hot’ dengan single ‘Khayalan’ juga menjanjikan sebuah persembahan yang cukup bertenaga dengan menyanyikan beberapa lagu hits mereka.

Tambah mengggegarkan, kumpulan Butterfingers yang telah menyepikan diri setelah sekian lama akan muncul menghiburkan penonton di konsert hebat ini. Agar GUAMuzik Supergig 08 mampu memberi kelainan dan keunikan yang tersendiri, beberapa penyanyi atau penghibur solo akan turut sama beraksi. Pasti anda tidak mahu ketinggalan menyaksikan persembahan daripada Ella, Pach, Sham Kamikaze dan Nora. Bahkan, ‘superman’ Faizal Tahir juga bersedia untuk ‘terbang’ di konsert sulung GUAMuzik ini.

Pada sidang akhbar GUAMuzik Supergig 08 yang diadakan di Theaterette, Sri Pentas hari ini, Pengurus Besar Portal Gaya Hidup gua.com.my. M.Zulkifli Abd Jalil, menjelaskan bahawa konsert yang bakal berlangsung nanti membawakan satu pesanan supaya semua peminat muzik terus menyokong industri muzik tempatan dengan memuat turun lagu-lagu secara sah melalui portal muzik sedia ada seperti www.guamuzik.com.my.


“GUAMuzik Supergig 08 merupakan satu konsert yang cukup unik kerana ia menampilkan artis-artis yang berlainan genre. Bahkan, penonton juga berpeluang menyaksikan beberapa kolaborasi artis yang sebelum ini tidak pernah dilakukan. Lagu-lagu kolaborasi ini juga akan dimuatkan di GUAMuzik bagi membolehkan ia dimuat turun oleh peminat.”

Selain itu, sebagai menghargai kehadiran penonton, pihak kami juga akan memilih 1,000 penonton bertuah untuk memuat turun album mini istimewa GUAMuzik Supergig 08 secara percuma. Album ini boleh dimuat turun bermula 31 Mei nanti. Manakala ‘top downloaders’ portal muzik ini akan menerima tiket VIP untuk ke konsert ini,” tambah M.Zulkifli lagi.

Jadi, kepada peminat muzik di luar sana, jangan lupa luangkan masa pada Jumaat malam minggu depan (30 Mei) untuk bersama-sama konsert hebat GUAMuzik Supergig 08. Selain daripada dapat berhibur, anda juga sebenarnya sedang menyokong perkembangan industri muzik tempatan! Masuk adalah percuma!

NB: Kami akan mengagihkan 3,000 ‘tangan’ kepada 3,000 pengunjung pertama konsert GUAMuzik Supergig 08. Tetapi hanya 1,000 ‘tangan’ ini akan mengandungi login ID dan password yang membolehkan penerima memuat turun lagu dari album mini Supergig dari guamuzik.com.my secara percuma selama tujuh hari (31 Mei – 6 Jun).

by Miss Ayu

23 Mei 2008

Credit: GuaMuzik

Hosted By: GUAMUZIK
When: Friday May 30, 2008
at 8:30 PM
Where: Public Compounds of Kompleks Sukan Bukit Jalil
Kompleks Sukan Bukit Jalil
Bukit Jalil,
Malaysia
Description:
GUAMUZIK

Click Here To View Event




0 comment(s) to... “GUAMUZIK SUPERGIG 2008”

0 comments: