Kerjaya P. Ramlee bermula dari bawah !!!

Posted Sabtu, Mei 31, 2008 by Lelaki Herba in Labels:

P.Ramlee




P
ada hari Khamis lalu bersamaan 29 Mei 2008 genap 35 tahun Seniman Agung Allahyarham Tan Sri P. Ramlee kembali ke rahmatullah atau meninggal dunia. Pemergiannya mengejutkan negara ini kerana meninggal dunia pada usia yang boleh dianggap muda iaitu 44 tahun akibat "Heart Attack" atau serangan jantung. Biarpun pemergiannya sudah lama berlalu, ingatan masyarakat terhadapnya tidak pernah "layu" atau luntur dengan bakat yang luar biasa dan sukar diganti oleh P. Ramlee "Baru". Lantaran itu, P.Ramlee sentiasa dikenang kerana jasanya yang besar dalam industri hiburan tanah air. Bak kata pepatah "Gajah mati meninggalkan tulang, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama". Klik "Read More" untuk membaca biodata penuh P. Ramlee dan jasa-jasanya.




"Sesuatu yang ganjil cita-citaku, sebelum dunia filem ini ku tinggalkan, aku ingin melihat wujudnya seorang P. Ramlee baru. Tetapi siapakah yang akan muncul sebagai P. Ramlee masa depan? Anak muda yang ingin jadi bintang filem memang banyak, tetapi tidak ada yang memenuhi syarat yang ku inginkan," kata P. Ramlee dalam majalah Utusan Filem dan Sport pada lewat 60-an.




P. Ramlee


1. Biodata:

Tan Sri Dr. P. Ramlee (1929 - 1973) atau nama sebenarnya Teuku Zakaria Teuku Nyak Puteh merupakan seorang pelakon, penyanyi, pengarah, pemain muzik dan penulis lagu terkenal di Malaysia dan Singapura.

2. Latar belakang:

Beliau telah dilahirkan di Pulau Pinang pada pagi Aidil Fitri 22 Mac 1929 kepada pasangan Teuku Nyak Puteh Teuku Karim (1902 - 1955) dan Che Mah Hussein (1904 - 1967). Bapanya yang berasal dari Lhokseumawe, Aceh, telah mendirikan rumahtangga dengan Che Mah Hussein pada tahun 1925 di Kubang Buaya, Butterworth. P. Ramlee juga mempunyai seorang adik-beradik tiri, Syeikh Ali, yang sama ibu dengan dengannya.

Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Kampung Jawa dan kemudian ke Sekolah Francis Light. Seterusnya beliau menyambung pelajaran di Penang Free School sehingga meletusnya Perang Dunia Kedua. Ketika pendudukan tentera Jepun di Tanah Melayu, beliau belajar di Sekolah Tentera Laut Jepun sebelum kembali ke Penang Free School apabila tamat perang.

3. Permulaan kerjaya seni:

Bermula dengan bermain ukele, P. Ramlee beralih kepada gitar dan biola di bawah bimbingan Encik Kamaruddin (pemimpin brass band di Penang Free School). Beliau menyertai Orkes Teruna Sekampung dan kemudian Sinaran Bintang Sore. Beliau pernah menjadi juara nyanyian anjuran Radio Pulau Pinang pada tahun 1947 dan terpilih sebagai Bintang Penyanyi Utama Malaya. Dalam pertandingan itu, beliau menggunakan huruf "P" (bagi Puteh) di awal namanya dan kekallah nama P. Ramlee itu hingga ke akhir hayatnya.

Filem pertama lakonan P.Ramlee adalah "Chinta" pada tahun 1948. Beliau memegang peranan sebagai penjahat dan nyanyian latar. Kejayaannya terus berkembang dan telah berjaya berlakun di dalam 27 buah filem di antara tahun 1948 hingga 1955. Salah seorang pendorong dan guru P. Ramlee dalam dunia perfileman Melayu adalah Datuk L. Krishnan (Pengarah filem Melayu tahun 50-an dan 60-an yang terkenal). Gaya lakonan P. Ramlee yang amat berjaya itu adalah hasil inspirasi P. Ramlee daripada dua pelakon terkenal India Selatan iaitu MGR dan Sivaji Ganesan. Filem terakhir lakonan beliau ialah "Laksamana Do Re Mi" pada tahun 1972 dan lagu dan lirik terakhirnya adalah "Ayer Mata Di Kuala Lumpur" pada tahun 1973 sebelum beliau menghembuskan nafas terakhirnya.

4. Keluarga

-Perkahwinan

P. Ramlee pernah berkahwin tiga kali. Kali pertama beliau berkahwin dengan Junaidah Daeng Harris pada 1950 tetapi perkahwinan hanya bertahan selama empat tahun. Perkahwinan kedua P. Ramlee adalah dengan Noorizan Mohd Noor pada 6 Februari 1955, seorang kerabat diraja Perak yang sanggup meninggalkan alam istana demi orang yang dicintainya itu. Walau bagaimanapun, Norizan mengharapkan sesuatu yang lebih dari perkahwinan mereka tetapi P. Ramlee lebih menumpukan hidupnya kepada kerjaya seninya yang menyebakan perkahwinan mereka retak. Kali terakhir adalah dengan Salmah Ismail (Saloma) pada 21 November 1961 dalam satu majlis yang sangat sederhana bersama rakan-rakan terdekatnya.

Wanita dalam hidup P. Ramlee menyitai beliau atas sebab-sebab yang berbeza. Isteri pertama beliau, Junaidah, menyintai P. Ramlee ketika beliau masih belum ternama manakala Norizan menyintai P. Ramlee sebagai seorang seniman dan pembikin filem yang terkenal. Walau bagaimanapun, Saloma menyintai P. Ramlee seadanya iaitu sebagai seorang seniman dan sebagai seorang yang biasa yang menyebabkan Saloma menjadi teman hidup sehati sejiwa beliau sehingga ke akhir hayat.

-Anak-anak

P. Ramlee mempunyai ramai anak yang dijaga beliau dan tetapi hanya tiga orang sahaja yang merupakan anak kandungnya hasil perkahwinan beliau dengan Junaidah. Anak-anak beliau banyak membantu beliau dalam kerja seperti menjadi penyanyi latar kanak-kanak (contohnya lagu Tolong Kami Bantu Kami dari filem 3 Abdul) dan pelakon kanak-kanak tambahan (contoh Sazali yang berlakon sebagai anak pekerja ladang dalam Anak Bapak). Berikut merupakan anak-anak yang pernah dijaga beliau:

1. Mohd Nasir : Anak kandung bersama Junaidah (lahir 1953)
2. Arfan : Anak kandung bersama Junaidah (lahir 1954)
3. Sazali : Anak kandung (lahir 1958)
4. Abdul Rahman : Anak tiri (anak Junaidah)
5. Norma : Anak tiri (anak Noorizan)
6. Armali : Anak tiri (anak Saloma dan A.R.Tompel)
7. Betty : Anak angkat
8. Zakiah @ Zazaloma : Anak angkat (lahir 1963)
9. Sabaruddin @ Badin : Anak angkat (lahir 1966)
10. Dian : Anak angkat (keturunan Cina)

5. Penghargaan selepas pemergian

P. Ramlee telah kembali ke Rahmatullah pada pagi Selasa 29 Mei 1973 ketika berusia 44 tahun dan jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang Kuala Lumpur. Bagi mengenang jasa dan sumbangannya, Allahyarham telah dianugerahkan Bintang Kebesaran Darjah Panglima Setia Mahkota oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada tahun 1990 yang membawa gelaran Tan Sri. Selain itu rumah terakhir beliau di Jalan Dedap, Setapak telah diubahsuai dan dijadikan sebagai "Pustaka Peringatan P Ramlee" pada tahun 1986. Manakala di tengah pusat bandar raya Kuala Lumpur namanya turut diabadikan pada sebatang jalan iaitu Jalan P Ramlee (dahulunya Jalan Parry) pada tahun 1982. Beliau turut mendapat penghargaan doktor falsafah dalam bidang seni persembahan pada tahun 2005 yang membawa gelaran "doktor".

Kemudian, sempena 50 tahun kemerdekaan Malaysia iaitu pada tahun 2007, P. Ramlee telah terpilih sebagai 10 calon terakhir bagi program "Anak Gemilang Malaysia" yang mengiktiraf rakyat Malaysia yang banyak memberi sumbangan kepada negara dan kejayaannya menaikkan nama negara di mata dunia.

Pada tahun yang sama, kisah hidup beliau juga telah dipentaskan dalam satu pementasan teater muzikal dengan tajuk "P. Ramlee the Musical... Hidup, Cinta and Inspirasi"

6. Anugerah

Berikut merupakan senarai anugerah yang terlibat dengan beliau dan karya beliau sepanjang hidup beliau.

1945

* Pertangingan Nyanyian Radio Pulau Pinang Malaya

"Tempat ke-3" - P. Ramlee

1946

* Pertandingan Nyanyian Keroncong Pualu Pinang

"Tempat Pertama" - P.Ramlee dan Pancaragam Keroncong Pemuda Indonesia

* Pertandingan Nyanyian Radio Pualu Pinang Malaya

"Tempat ke-2" - P.Ramlee

1947

* Pertangingan Nyanyian Radio Pulau Pinang Malaya

"Tempat pertama" - P.Ramlee

1951

* Majalah Filem Raya Malaya

"Bintang Pujaan Malaya and Indonesia" - P.Ramlee

1952

* Majalah Filem Raya Malaya

"Pelakon Terbaik" - P.Ramlee
"Filem Terbaik" - Antara Senyum Dan Tangis
"Filem Kegemaran" - Juwita

1953

* Majalah Filem Raya Malaya

"Filem Terbaik" - Hujan Panas
"Pelakon Terbaik" - P.Ramlee
"Filem Kegemaran Malaya" - Antara Senyum Dan Tangis
"Filem Kegemaran Malaya dan Indonesia" - Antara Senyum Dan Tangis
"Pelakon Kegemaran Malaya dan Indonesia" - P.Ramlee

* Majalah Filem dan Sukan Utusan Malaya

"Artis Tahunan 1953" - P.Ramlee
"Filem Terbaik" - Hujan Panas

* Radio Malaya

"Penyanyi Lelaki Terbaik" - P.Ramlee

1956

* Festival Filem Asia ke-3 Hong Kong

"Skor Muzik Terbaik" - P.Ramlee
"Pelakon Pembantu Wanita Terbaik" - Zaiton bagi Hang Tuah

* Majalah Bintang Singapura

"Seniman Terbaik" - P.Ramlee
"Pengarah Terbaik" - P.Ramlee
"Penggubah Terbaik" - P.Ramlee
"Penyanyi Terbaik" - P.Ramlee
"Filem Terbaik" - Semerah Padi
"Filem Kedua Terbaik" - Anakku Sazali
"Pengarah Kedua Terbaik" - Phani Majumdar bagi Anakku Sazali
"Pelakon Wanita Terbaik" - Saadiah Baharom bagi Semerah Padi

* Majalah Filem dan Sukan Utusan Malaya

"Filem Melayu Terbaik" - Penarik Beca
"Pengarah Terbaik" - P.Ramlee
"Seniman Terbaik" - P.Ramlee
"Lagu Terbaik" - Inang Baru dari Penarik Beca

1957

* Festival Filem Antarabangsa Berlin

Terpilih untuk Tayangan - Hang Tuah

* Festival Filem Asia ke-4 Tokyo

"Pelakon Lelaki Terbaik" - P.Ramlee
"Pelakon Kanak-kanak Terbaik" - Tony Castillo bagi Anakku Sazali

1958

* Festival Filem Asia ke-5 Manila

"Fotografi Hitam Putih Terbaik" - Abu Bakar Ali bagi Sumpah Orang Minyak

* Majalah Kisah Bintang Dan Filem Malaya

"Seniman Terbaik" - P.Ramlee
"Filem Terbaik" - Sumpah Orang Minyak
"Lagu Kedua Terbaik" - Tudung Periuk dari Sumpah Orang Minyak

1959

* Festival Filem Asia ke-6 Kuala Lumpur

"Filem Komedi Terbaik" - Pendekar Bujang Lapok

1960

* Majalah Gelanggang Singapura

"Filem Paling Popular" - Pendekar Bujang Lapok
"Fotografi Hitam dan Putih Terbaik" - Nujum Pak Belalang

* Majalah Bintang Singapura

"Filem Kegemaran" - Pendekar Bujang Lapok
"Pengarah Kegemaran" - P.Ramlee
"Fotografi Hitam dan Putih Terbaik" - Abu Bakar Ali bagi Nujum Pak Belalang
"Seniman Teratas" - P.Ramlee
"Lagu Kegemaran" - Jangan Adik Angan-Angan dari Musang Berjanggut

* Festival Filem Asia ke-7 Tokyo

"Filem Komedi Terbaik" - Nujum Pak Belalang

1962

* Festival Filem Asia ke-9 Tokyo

Pencalonan bagi "Filem Komedi Terbaik" - Seniman Bujang Lapok

* Darjah Kurnia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Syed Putra Jamalullail

"Ahli Mangku Negara" - P. Ramlee A.M.N.

1963

* Festival Filem Asia ke-10 Tokyo

"Fotografi Hitam dan Putih Terbaik" - Abu Bakar Ali bagi Ibu Mertuaku
"Bakat Paling Pelbagai" - P.Ramlee

1964

* Festival Filem Asia ke-11 Taipeh

"Filem Komedi Terbaik" - Madu Tiga

1965

* Festival Filem Dunia Paris

"Anugerah Khas" - Ibu Mertuaku


Credits: 1. Wikipedia.com "Malaysia"
2. Wikipedia.com "Indonesia"
3. Akhbar Harian Metro, 29 Mei 2008

Info Tambahan:

P. Ramlee the Musical
Senarai lagu-lagu nyanyian P. Ramlee dan Saloma
Senarai filem lakonan P. Ramlee
Filem Hang Tuah
Anakku Sazali
Nujum Pak Belalang



0 comment(s) to... “Kerjaya P. Ramlee bermula dari bawah !!!”

0 comments: