Konsert Akhir Akademi Fantasia 6 (AF6) Hari ini !!!

Posted Sabtu, Mei 24, 2008 by Lelaki Herba in Labels:

AF6 9th konsert - STACY




Pada hari ini genap hari Sabtu,24 Mei 2008. Untuk ulasan kali ini, penulis ingin mengulas serba sedikit tentang "event" yang sering dinanti-nantikan oleh peminat-peminat program realiti TV mencari bakat menyanyi seperti AF6. Pada pendapat penulis, di Akademi Fantasia,pelajar bukan sahaja diajar menyanyi malah lebih daripada itu. Itulah istemewanya Akademi Fantasia.




Persoalannya sekarang, siapakah yang akan menjadi juara AF6 ? Nadia, Nubhan , Riz, Stacy dan Toi merupakan finalis AF6. Masing-masing mempunyai bakat dan kekuatan yang tersendiri. Tetapi, siapakah antara mereka yang bakal dinobatkan dan yang bakal menawan puncak dunia AF dan sekaligus meraih gelaran Juara AF musim ke-6 ini ?



Walaubagaimanapun, menurut sumber daripada pihak yang terbabit, didapati bahawa "rating" jumlah SMS yang dihantar oleh peminat Akademi Fantasia untuk mengundi pelajar yang mereka minati semakin menurun. Namun, pada pendapat penulis, soal penurunan "rating" tidak memalapkan kemeriahan konsert akhir Akademi Fantasia 6 (AF6) yang akan diadakan pada pukul 9 malam hari ini. Selain itu, Karnival Konsert Akhir AF6 & GSA de Muzikal pula akan diadakan di Pekarangan Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada hari ini bermula pada pukul 10 pagi hingga 10 malam.

Persoalannya sekarang, siapakah yang akan menjadi juara AF6 ? Nadia, Nubhan , Riz, Stacy AF6 dan Toi merupakan finalis AF6. Masing-masing mempunyai bakat dan kekuatan yang tersendiri. Tetapi, siapakah antara mereka yang bakal dinobatkan dan yang bakal menawan puncak dunia AF dan sekaligus meraih gelaran Juara AF musim ke-6 ini ? Semuanya akan terjawab di konsert akhir AF6 yang akan diadakan pada malam ini secara langsung eksklusif di Astro Ria saluran 104. Kepada peminat-peminat AF6 yang ingin mengundi pelajar AF6 sila rujuk :

SMS: Taip AFUNDI dan hantar ke 32999.

Senarai Nama Pelajar AF6:

1. NADIA
2. NUBHAN
3. RIZ
4. STACY
5. TOI

Media Alternatif AF6:

1. ajamihashim
2. www.murai.com.my


Info Lain :

1. Konsert Hot FM Mini Jam 2008

-Konsert Hot FM Mini Jam 2008 akan diadakan di Menara Alor Star, Kedah bermula pada pukul 10 pagi hingga 6 petang pada hari Sabtu, 24 Mei 2008.
-Barisan artis seperti : Jinbara ,Sofaz ,Misha Omar ,Aizat ,Altimet & Adep ,Ayu OIAM ,The Lima dan juga Diddy turut hadir membuat persembahan.
-Konsert adalah Percuma.

Taufik SM: alang-alang hari Sabtu ini cuti , jomlah beramai-ramai ke konsert akhir AF6 dan Konsert Hot FM Mini Jam 2008...



0 comment(s) to... “Konsert Akhir Akademi Fantasia 6 (AF6) Hari ini !!!”

0 comments: