Mufti tak berkenan tingkah laku Faizal Tahir ?

Posted Khamis, Mei 01, 2008 by Lelaki Herba in Labels:
Faizal Tahir


KANGAR: Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin menentang kehadiran naib juara rancangan realiti televisyen, One In A Million (OIAM), Faizal Tahir, mengadakan sebarang persembahan di Perlis.





“Bagi saya, perbuatan seperti melompat-lompat dan meraung seperti yang sering dipertontonkan artis itu, terutama insiden membuka baju ketika melakukan persembahan tidak boleh diterima di Perlis,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Beliau menyifatkan Faizal masih berada pada tahap krisis identiti kerana tidak mengetahui hala tuju sendiri.



“Saya secara peribadi menyebut nama Faizal selaku antara artis yang paling tidak patut dibenarkan hadir membuat persembahan di negeri ini selain artis aliran rock serta dangdut,” katanya.

Katanya, kemunculan artis aliran sedemikian, terutama berambut panjang serta tingkah laku yang sering meraung dan melompat-lompat jelas menunjukkan imej tidak matang serta tidak sesuai untuk dipertontonkan kepada rakyat Perlis.

Sebaliknya, beliau mencadangkan supaya artis yang terkenal dengan lagu puisi seperti Kopratasa, Ramli Sarip dan Suhaimi Mior Hassan, diketengahkan di negeri ini.

Justeru, Dr Mohd Asri sendiri menulis surat kepada Pejabat Menteri Besar meminta pihak penganjur Jomheboh 2008 untuk menilai semula konsert yang diadakan, termasuk menghalang kemunculan Faizal di Perlis.


Ini kerana imej Faizal tidak sesuai dengan imej Perlis selain mampu membawa pengaruh buruk kepada rakyatnya.

“Bagi saya, perbuatan seperti melompat-lompat dan meraung seperti yang sering dipertontonkan artis itu, terutama insiden membuka baju ketika melakukan persembahan tidak boleh diterima di Perlis,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Beliau menyifatkan Faizal masih berada pada tahap krisis identiti kerana tidak mengetahui hala tuju sendiri.

Malah, katanya, penyanyi itu sendiri tidak mengetahui siapa dirinya sebenar kerana `sekejap mahu jadi manusia, sekejap mahu jadi Superman’.

Dr Asri berkata, pihaknya meminta Menteri Besar Perlis, Datuk Dr Md Isa Sabu dan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan negeri, Ahmad Bakri Ali, supaya menetapkan garis panduan tertentu untuk konsert terbabit.

“Ini termasuk menghormati sensitiviti orang Islam seperti tidak menguatkan bunyi-bunyian pada waktu solat, selain mengelak sebarang unsur khurafat dan tahyul seperti penampilan kepercayaan misteri dan karut, serta penjualan barangan berunsur sedemikian,” katanya.

Beliau berkata, TV3 selaku penganjur juga diminta membawa kumpulan nasyid bagi mengangkat martabat konsert tanpa mengetepikan aspek agama.

Source: Akhbar Harian Metro, Khamis, 01 Mei 2008



0 comment(s) to... “Mufti tak berkenan tingkah laku Faizal Tahir ?”

0 comments: