ND Lala jadi tauke e-dagang

Posted Sabtu, Mei 17, 2008 by Lelaki Herba in Labels:


MEMANFAATKAN kecanggihan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) yang mendominasi kehidupan harian kini, pelakon dan penyanyi popular era 80-an dan 90-an, ND Lala menceburi perniagaan e-dagang.




MEMANFAATKAN kecanggihan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) yang mendominasi kehidupan harian kini, pelakon dan penyanyi popular era 80-an dan 90-an, ND Lala menceburi perniagaan e-dagang.



Penyanyi yang popular dengan lagu Diari YB selepas menjuarai Juara Lagu 1995 kategori Irama Malaysia, berkata meskipun baru dua tahun, dia puas hati kerana hasil diperoleh amat lumayan.

Siapa yang boleh beri keuntungan hingga RM20,000 sebulan?

Jika difikir-fikirkan, ia memang sukar. Namun, ND Lala sudah membuktikan perniagaan jualan langsungnya boleh berjaya.

ND Lala atau nama sebenarnya Amir Hamzah Salleh berkata, dia menyertai berkonsep sebegini kerana melihat bidang itu ada potensi besar.

Katanya, prasarana ICT yang disediakan kerajaan sekarang wajar diguna pakai kerana satu kemudahan.

“Semua urusan makin pantas dengan adanya jaringan Internet. Saya tidak mahu menjadi ‘penonton’ pada kemajuan ini sebaliknya memilih menjadi ‘pemain’. Justeru, selepas mengecapi kejayaan, saya rasa wajar ia dikongsi bersama.

“Sehubungan itu, saya mahu membuka dan berkongsi laluan ini dengan peminat serta orang ramai termasuk selebriti yang ingin berjaya.

“Peluang ini juga terbuka kepada semua peringkat umur terutama kepada bakal pesara, pesara dan graduan menganggur. Malah, modal perniagaan juga amat berpatutan,” katanya.

ND Lala berkata kepada sesiapa yang berminat, modal diperlukan hanya RM1,500 saja.

Katanya, menerusi bayaran itu, dia turut menyediakan kursus intensif selama lapan jam untuk memberi pendedahan kepada ahli bagaimana perniagaan ini dijalankan.

Malah, bimbingan berterusan akan diberikannya selama setahun.

“Jika mereka berjaya memanfaatkan apa yang dilatih dalam kursus itu, pendapatan berjumlah lima angka sebulan menanti mereka dalam masa 30 hari. Apapun, ahli tidak perlu risau kerana perniagaan ini berdaftar dan ia juga bukan pelaburan saham menerusi Internet yang diharamkan.

“Apa yang saya perkenalkan ini sekadar perniagaan berteraskan Internet. Memandangkan zaman yang makin maju sekarang, saya tidak mahu ketinggalan. Jika diikutkan, dulu saya memang tidak tahu Internet dan penggunaan komputer.

“Namun, atas inisiatif sendiri untuk berjaya, saya belajar mengendalikannya sendiri. Alhamdulillah, sekarang saya sudah berjaya dan pendapatan diraih juga memberangsangkan. Bahkan cara saya ini turut diikuti golongan artis tanah air,” katanya.

Kata bapa penyayang ini lagi, antara rakan artis yang sudah menyertainya di bawah ND Lala Group ialah Zaidi Omar, Nadia Mustafar, Kazaruddin Saidi (Kazar), Rosnah Johari, Idris Md Diah, Ozlyn Waty, Roslan Husin, Wazata Zain dan Boy Iman.

“Kali ini saya ingin membuka peluang kepada 100 peserta terawal yang akan menjadi kumpulan pertama menyertainya bersama artis. Sebagai organisasi yang bergerak secara berkumpulan, kita akan mendekatkan jurang antara artis dan peminat di mana mereka akan berkerjasama dan bergerak bersama menjelajah ke seluruh negara.

“Walaupun ada antara mereka yang berminat masih berkerja tetap dan golongan artis mahu meneruskan karier mereka sebagai penyanyi atau pelakon, ia tidak menjadi masalah kerana bisnes ini boleh dijalankan secara separuh masa tanpa menjejaskan kerjaya asal.

“Apa yang penting ialah komitmen berterusan dan mengikut segala perancangan yang diatur demi mencapai sasaran ditetapkan,” katanya.

Tambah Konsultan Latihan Antarabangsa dan duta produk Red Yeast Coffee (RYC) ini lagi, kursus yang dianjurkannya akan turut disertai beberapa artis yang berjaya dalam perniagaan berkenaan.

Orang ramai yang ingin menyertai kursus ini, boleh layari laman web, www.ndlalagroup.com .

Menerusi perniagaan ini, ada lima produk dipasarkan yakni kesihatan, kecantikan, pendidikan, barangan keperluan rumah dan produk virtual.

Source: Akhbar Harian Metro, Sabtu, 17 Mei 2008



0 comment(s) to... “ND Lala jadi tauke e-dagang”

0 comments: