Gosip panas : ‘Muallaf’ Diharamkan?

Posted Jumaat, Julai 11, 2008 by Lelaki Herba in Labels:




Jika sebelum ini, filem arahan Aziz M. Osman pernah diperam Lembaga Penapis Filem (LPF) selama beberapa tahun kerana watak ‘Silbi’nya, kini berita terbaru yang GUA dengar daripada kenalan yang duduk di dalam pejabat LPF ialah kemungkinan filem Yasmin Ahmad yang terbaru iaitu “Muallaf” juga akan menerima nasib yang sama.




filem arahan Aziz M. Osman pernah diperam Lembaga Penapis Filem (LPF) selama beberapa tahun kerana watak ‘Silbi’nya, kini berita terbaru yang GUA dengar daripada kenalan yang duduk di dalam pejabat LPF ialah kemungkinan filem Yasmin Ahmad yang terbaru iaitu “Muallaf” juga akan menerima nasib yang sama.



Menurut kenalan GUA itu, ada beberapa perkara di dalam filem berkenaan yang pihak lembaga kurang ‘berkenan’. Dan kalau tidak silap GUA, filem “Malaikat Maut” juga akan menerima nasib yang serupa. Sama ada disebabkan oleh tajuk atau jalan cerita, tidak pula diketahui. Namun, keputusannya masih bergantung kepada budi bicara pihak lembaga.
Apa pun keputusan nanti, GUA harapkan ia bukannya menjadi satu dinding penghalang kepada pembikin filem berkarya. Namun, semuanya ada pertimbangan yang sewajarnya. Mungkin ianya satu cabaran supaya karya yang bakal dihasilkan nanti lebih komersil tanpa mengabaikan nilai-nilai ketimuran.

Source: www.gua.com.my



0 comment(s) to... “Gosip panas : ‘Muallaf’ Diharamkan?”

0 comments: