Dendam Jin Rasuk Pelajar !!!

Posted Isnin, Ogos 11, 2008 by Lelaki Herba in Labels:



Dalam mendepani transaksi modenisasi masa kini, isu yang berkaitan dengan perkara-perkara ghaib seperti dirasuk jin, histeria, foto hantu melalui telefon bimbit dan sebagainya sering menjadi pilihan editor-editor akhbar tabloid tempatan seperti Akhbar Harian Metro, Akhbar Berita Harian dan sebagainya untuk mengulas lebih lanjut mengenai isu ini yang semakin meruncing. Berita ini nampaknya semakin panas dan menggemparkan seluruh Malaysia. Penulis (Taufik SM) sendiri terpanggil untuk memberikan ilmu yang berguna kepada pembaca sekalian untuk menangani masalah ini daripada terus berlaku. Pembaca sekalian pasti ragu-ragu dengan sebarang maklumat yang diterbitkan melalui laman blog kerana sesetengah "blogger" tidak memahami etika dan tatatertib ketika "memblog". Malah, terdapat blogger yang sering turun naik mahkamah kerana kandungan dalam blognya yang didakwa mengandungi unsur-unsur fitnah dan sebagainya. Di sini saya (Taufik SM) ingin menegaskan bahawa semua maklumat dalam blog ini adalah tepat dan sahih. Justeru, janganlah pembaca sekalian meragui sebarang maklumat dalam blog ini.

Dalam benak fikiran saya, saya ingin mengulas serba sedikit mengenai isu jin ini. Berdasarkan




Jin akan marah jika "kediamannya" dirampas manusia.Jin tidak mati sehingga hari kiamat.



laporan akhbar Harian Metro, yang dilaporkan oleh Norlaila Hamima dan lain-lain melaporkan bahawa terdapat ratusan pelajar sekolah berasrama di lima buah negeri diserang histeria dalam tempoh masa hampir serentak hingga sekolah terpaksa ditutup dan proses pembelajaran terganggu. Justeru, penulis ingin "mencungkil" ilmu daripada seorang yang pakar dalam bidang ini iaitu Datuk Dr. Amran Kasimin yang merupakan Pengkaji kebudayaan Islam. Menurut beliau, histeria boleh berlaku berdasarkan dua faktor iaitu disebabkan tekanan dan gangguan,contohnya apabila seseorang itu mengalami tekanan, diri akan hilang pertimbangan dan oleh sebab itu makhluk halus atau jin mudah menguasai diri manusia. Gangguan pula disebabkan oleh salah menuntut ilmu persilatan, tarian tradisional dan sebagainya.

Berikut merupakan serba sedikit perihal mengenai jin. iaitu:

1. Jin akan marah jika "kediamannya" dirampas manusia.
2. Jin boleh memasuki ke dalam tubuh badan manusia melalui hidung,mulut,telinga,ibu jari kaki dan tangan.
3. Jin ialah makhluk halus dan tidak berjasad.
4. Jin tidak mati sehingga hari kiamat.
5. Jin tidak suka mendekati manusia yang kuat beramal ibadat.
6. Jin mengetahui kekuatan roh seseorang sama ada memiliki iman atau tidak.
7. Jin diibaratkan pergerakannya sama seperti cahaya, pantas dan laju.
8. Jin terdiri daripada pelbagai jenis dan taraf seperti jin jantan,betina,Islam atau kafir.
9. Makanan jin seperti nasi,darah,malah ada yang tidak makan.
10. Jin terbang di udara,melata di bumi,
11. Jin menyukai tempat kotor seperti kawasan penyembelihan haiwan.
12. Jin sudah berjanji untuk menyesatkan manusia (orang Islam) walau dengan apa cara sekalipun.

Golongan perempuan lebih mudah dan sering diserang histeria kerana:

1. Wanita lebih sensitif dan dianggap lemah berbanding lelaki.
2. Wanita lemah ketika haid,mengandung atau berpantang. Hal yang demikian mereka lebih mudah diserang histeria.

Taufik SM: Nampaknya, jin lebih maju berbanding manusia...



0 comment(s) to... “Dendam Jin Rasuk Pelajar !!!”

0 comments: