Filem Susuk raih jutaan ringgit ?

Posted Sabtu, Ogos 16, 2008 by Lelaki Herba in Labels:



KUTIPAN RM1.3 juta dalam tempoh tujuh hari tayangan bagi filem Susuk sejak 7 Ogos lalu membuktikan penonton filem Melayu sememangnya menantikan filem genre seram dan ‘thriller’ yang ada kelainan. Walaupun ada




“Setakat ini ia hanya ditonton 120,000 penonton. Pada saya filem yang bagus seperti Susuk seharusnya ditonton lebih ramai penonton. Kalau ikutkan, kami sasar kutipannya mencecah......"



penonton mengatakan filem terbitan Grand Brilliance Sdn Bhd (GBSB) serta arahan bersama Amir Muhammad dan Naeim Ghalili itu sukar difahami jalan ceritanya, ternyata penonton menyukai Susuk yang disifatkan berbeza daripada filem Melayu yang lain.

Penerbitnya, Ahmad Puad Onah juga yakin kutipan mampu mencecah RM1.6 juta apabila lebih ramai yang keluar menonton Susuk pada hujung minggu ini.

Katanya, kutipan Susuk sepatutnya lebih baik berdasarkan maklum balas penonton kerana Susuk memaparkan jalan cerita berbeza dan bukannya mudah sebagaimana filem Melayu lain.

“Setakat ini ia hanya ditonton 120,000 penonton. Pada saya filem yang bagus seperti Susuk seharusnya ditonton lebih ramai penonton. Kalau ikutkan, kami sasar kutipannya mencecah RM1.6 juta dalam tempoh seminggu tetapi malangnya hanya RM1.3 juta dalam tempoh itu.

“Nampaknya senario penonton ke panggung belum berubah apabila belum ada tanda menunjukkan mereka kembali bersemangat menonton wayang seperti sebelum ini.

“Sejak tiga bulan kebelakangan ini, sambutan terhadap filem Melayu kurang memberangsangkan. Bagaimanapun, dengan ketiadaan filem Melayu lain ditayangkan sepanjang bulan ini, ia memberi kelebihan kepada Susuk,” katanya ketika dihubungi, kelmarin.

Ahmad Puad juga berharap lebih ramai yang akan menonton Susuk hujung minggu ini untuk melihat sendiri kelainan filem ini. Paling penting, katanya, mereka mesti menunggu sehingga filem selesai kerana kesudahan cerita dipaparkan selepas kredit akhir.

Susuk dijayakan Ida Nerina, Diana Rafar, Adlin Aman Ramlie, Aleeza Kassim, Sofia Jane, Noorkhiriah, Anne Abdullah dan Baizura Kahar, mengisahkan Soraya lakonan Diana, pembantu jururawat yang bercita-cita menjadi penyanyi terkenal.

Peluang mendekati kehidupan penyanyi popular, Mona dan Rozana lakonan Sofia dan Aleeza membuka mata Soraya mengenai amalan memakai susuk untuk berjaya. Soraya tertarik mencuba susuk sebagaimana Mona dan Rozana tetapi ia belum mampu membawanya ke mercu kejayaan.

Namun, nasibnya berubah apabila memakai susuk keramat diperkenalkan Dukun Dewangga (Adlin) sebagai susuk paling tinggi antara banyak jenis susuk. Demi mengejar impian, Soraya sanggup menanggung risikonya kerana menuntut korban.

Selepas menggunakan susuk keramat, Soraya kini menjadi penyanyi terkenal yang dikenali sebagai Suzana (Ida). Walaupun impiannya tercapai, hisup Suzana tidak bahagia kerana tidak mempunyai sesiapa, hanya ditemani Dukun Dewangga.

Satu demi satu orang yang disayangi menjadi korban hingga dia menyesali tindakannya. Namun Suzana tidak mampu berpatah semula.

Source: Akhbar Harian Metro , Sabtu, 16 Ogos 2008 , Oleh Hartati Hassan Basri.



0 comment(s) to... “Filem Susuk raih jutaan ringgit ?”

0 comments: