Lan Pet Pet Lukai Kawan Seangkatan ?

Posted Jumaat, Ogos 15, 2008 by Lelaki Herba in Labels:


Siapa yang tidak terasa hati apabila rakan karib yang dianggap seperti saudara sendiri membelakangkan mereka. Lan bukan saja terlalu berahsia dengan




“Tiba-tiba kami dapat tahu dia hendak berkahwin dengan Rubytah Che Wan iaitu adik kepada Rozita Che Wan. Sebelum mendapat kad jemputannya, kami tahu dia akan berkahwin menerusi akhbar.



mereka malah dengan wartawan pun dia enggan ditemu bual.

Ketika ditemui selepas Tayangan Amal filem terbaru Metrowealth Movies Productions, Senario Episod Satu, semalam di GSC, One Utama, Azlee dan Wahid melahirkan rasa terkilan mereka.

“Sebelum ini kami mengusiknya bila dia hendak berkahwin kerana usianya hampir mencecah 40 tahun tetapi Lan tidak pernah menjawab gurauan itu.

“Tiba-tiba kami dapat tahu dia hendak berkahwin dengan Rubytah Che Wan iaitu adik kepada Rozita Che Wan. Sebelum mendapat kad jemputannya, kami tahu dia akan berkahwin menerusi akhbar.

“Lan yang saya kenali memang seorang yang sangat perahsia. Tetapi takkan sampai perkara yang baik ini pun dia sanggup ketepikan kami berdua. Dia serahkan kad jemputan itu kepada pengurus Senario, Mahathir Mohamad Sidi, kerana ingin minta cuti.

“Memang itu antara syaratnya untuk anggota Senario mendapat cuti, tambahan pada bulan ini dan September kami sibuk dengan penggambaran drama dan rakaman program hari raya. Kalau pihak pengurusan tidak perlukan bukti, tentu kami tidak tahu tarikh perkahwinannya itu.

“Kad jemputan itu pun daripada pihak bakal pengantin perempuan dan kami tidak dengar cerita bila Lan akan mengadakan majlis menyambut menantu di rumahnya. Kalau saya yang akan berkahwin, pasti saya akan beritahu semua orang untuk memastikan majlis itu berlangsung dengan meriah.

“Dia buat begini seolah-olah hendak menyembunyikan calon isterinya. Kami seperti satu keluarga. Dalam mana-mana majlis, jika saya dan Wahid membawa isteri, mesti kami duduk bersama. Takkan selepas ini, isteri Lan terpaksa duduk berjauhan daripada kami jika bertemu dalam sebarang majlis,” katanya.

Dalam kad jemputan itu tertera tarikh perkahwinan mereka pada 20 Ogos ini yang akan berlangsung di rumah keluarga Rubytah di Alor Star, Kedah. Tertulis pada kad itu, jemputan ditujukan kepada ‘Semua Staff - Senario Team’.



Pada pertemuan itu Wahid turut melahirkan kekecewaan dengan sikap Lan yang terlalu berahsia walaupun dengan kawan baik sendiri.

“Saya sedih kenapa dia tidak beritahu saya dan Azlee kerana ia perkara baik. Ini usahkan hendak beri kad seorang satu, ‘jemput mulut’ pun tidak.

“Sebagai lelaki dia patut berbangga akan mendirikan rumah tangga. Saya faham kalau artis perempuan mahu menyembunyikan status mereka.

“Pada pandangan saya, Lan tidak wajar buat begitu. Selepas keluar kenyataan saya dan Azlee ini, tak tahulah apa reaksi Lan pada kami berdua. Kami bercakap yang benar.

“Walau apa pun, kami gembira kerana akhirnya dia bertemu jodoh. Sebagai kawan, kami terima siapa saja yang bakal menjadi suri hidupnya asalkan Lan bahagia. Sebelum ini kami ada mengusiknya kenapa dia tidak berkahwin ketika usia menghampiri 40 tahun.

“Tetapi dia tetap tidak menceritakan apa-apa. Tup tup, kami dengar dia akan berkahwin. Siapa yang tidak terkejut? Kalau dengan wartawan dia tidak mahu bercerita, itu satu hal. Ini dengan anggota Senario sendiri pun dia mendiamkan diri, kami hendak buat macam mana.

Sementara itu Mahathir berkata, Ogos dan September adalah bulan paling sibuk bagi Senario untuk menyiapkan penggambaran drama dan program raya. Jadual kerja sudah disiapkan tiga bulan lebih awal.

“Tetapi jika dia beritahu, kami tiada masalah untuk menyusun semula jadual berkenaan. Lan yang saya kenal seorang yang terlalu perahsia. Pantang dia, orang yang diamanahkan menyimpan rahsianya menceritakannya kepada orang lain.

“Dia bagi saya kad jemputan itu sebab antara syarat untuk meluluskannya cuti selama dua minggu kerana pihak pengurusan memang menyediakan peruntukan cuti untuk anggota Senario yang ingin melangsungkan perkahwinan.

“Kalau tidak, pasti kami tidak tahu yang dia akan berkahwin. Lan akan bercuti mulai 18 hingga 28 Ogos ini. Dia akan lapor diri semula pada 2 September ini. Penggambaran drama Hari Raya selama seminggu bermula 21 hingga 28 Ogos ni. Maka untuk watak yang sepatutnya dipegang Lan akan dibawa Achong Sweetchild,” katanya.

Kata Mahathir, penggambaran drama raya itu akan dibuat di Kuala Pilah, lebuh raya Tangkak menghala ke Sungai Besi, Tanjung Malim, Kuala Kubu Bharu dan Rawang. Untuk program raya, Lan akan turut serta.

“Lan juga akan menyertai promosi filem Senario Episod Satu. Mengikut prosedur, dia sepatutnya minta cuti lebih awal tetapi hendak buat macam mana. Saya pun pening memikirkannya. Kenapa dia tidak cakap lebih awal dan saya tidak faham kenapa dia perlu berahsia,” katanya.

Source: Akhbar Harian Metro, Jumaat, 15 Ogos 2008,Oleh Nor Akmar Samudin.



0 comment(s) to... “Lan Pet Pet Lukai Kawan Seangkatan ?”

0 comments: