"Dia tidur dengan perempuan lain" - Anne Abdullah

Posted Sabtu, Oktober 18, 2008 by Lelaki Herba in Labels:


Walaupun sudah lama berada di dalam bidang seni ini, tetapi kewujudan Anne Abdullah hanya disedari setelah dia menjayakan watak Kak Ton di dalam drama bersiri ‘Ezora’. Kenyataan ini disahkan sendiri oleh empunya badan dan mengganggap semuanya kerana faktor persaingan yang sengit diantara pelakon-pelakon yang lain.

Terbaru...




Saya panggil namanya dari luar rumah tidak menyahut. Jadi saya jenguklah dari celah-celah tingkap bilik dia. Apabila melihat ada perempuan lain di atas katil di sebelahnya, membuatkan saya histeria sekejap. Hati saya betul-betul sudah remuk.



Anne akan muncul di dalam telemovie ‘Hati Yang Merdeka’ dan juga ‘Mengundang Rindu’. Di sebalik semua ini rupanya tersimpan satu cerita sedih yang menimpa Anne di mana kekasihnya kantoi dengan perempuan lain di atas ranjang. Ikutilah temubual yang telah MH lakukan bersama Anne Abdullah baru-baru ini.

MH: Sudah berapa lama berkenalan dengan teman lelaki?
Anne Abdullah: Saya sudah mengenalinya hampir 8 tahun lamanya. Kami pun sudah ‘plan’ hendak mendirikan rumah tangga tetapi tidak sangka akan terjadi begini.

MH: Boleh ceritakan apa sebenarnya yang terjadi?
Anne Abdullah: Entahlah, mungkin semua ini ada suratannya. Dari dulu lagi saya agak sangsi dengan kesetiaan teman lelaki saya ni. Dan pada hari itu, Tuhan tunjukkan siapa dirinya yang sebenar. Mungkin antara kami tiada jodoh. Pada awal kami berkawan, semuanya ok tapi biasalah lelaki, banyak rahsianya. Pada hari dia kantoi tu saya ada ‘shooting’ di Bangsar berdekatan dengan rumahnya. Jadi sajalah singgah untuk hantar makanan untuk dia seperti biasa. Saya panggil namanya dari luar rumah tidak menyahut. Jadi saya jenguklah dari celah-celah tingkap bilik dia. Apabila melihat ada perempuan lain di atas katil di sebelahnya, membuatkan saya histeria sekejap. Hati saya betul-betul sudah remuk.

MH: Tidak pernah ke curiga dengannya?
Anne Abdullah: Saya pun tak tahu salah siapa sebenarnya. Mungkin saya yang terlalu percayakan dia di dalam hubungan kami berdua. Lagi pun saya agak sibuk dengan ‘shooting’. Jarang berjumpa dan cuma bertanya khabar melalui telefon sahaja. Beberapa bulan sebelum itu, saya ada perasan perangai dia berubah. Bila telefon tak diangkat dan banyak lagi ‘hint’ yang diberi.


Ingin baca cerita Anne seterusnya? Jangan ketinggalan dapatkan di dalam MH minggu ini.

Source: Majalah Media Hiburan - Karangkraf.




0 comment(s) to... “"Dia tidur dengan perempuan lain" - Anne Abdullah”

0 comments: