Ashraf Sinclair dah tak sabar ?

Posted Jumaat, November 07, 2008 by Lelaki Herba in Labels:


MENIKAHI insan yang kita cintai, saat yang cukup membahagiakan bagi setiap pasangan berkasih. Begitu juga yang dirasakan pelakon, model dan pengacara, Ashraf Sinclair, 29, dan Bunga Citra Lestari, 25, ketika ini.




MENIKAHI insan yang kita cintai, saat yang cukup membahagiakan bagi setiap pasangan berkasih. Begitu juga yang dirasakan pelakon, model dan pengacara, Ashraf Sinclair, 29, dan Bunga Citra Lestari, 25, ketika ini.



Lebih setahun menyulam cinta, pasangan sepadan ini akan mengakhiri hubungan cinta dengan ikatan perkahwinan di mana esok (8 November) Jakarta menjadi saksi penyatuan dua hati sebagai suami isteri yang sah.

Seperti yang pernah dilaporkan media sebelum ini, majlis pernikahan mereka akan diadakan di Masjid Al-Bina, Senayan, Jakarta, diikuti resepsi keesokan harinya di Hotel Sultan, Jakarta.

Nyata dalam gembira meraikan hari bahagianya, Ashraf juga cukup berdebar menanti saat diijabkabulkan.

“Semakin dekat harinya, semakin kencang debaran di hati yang saya rasakan saat ini. Mungkin, ini satu perasaan biasa yang dialami setiap bakal pengantin.

“Maklumlah dari seorang bujang, kini harus menempuh fasa baru kehidupan serta memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga.

“Apapun, saya sangat gembira dan tidak sabar menantikan hari pernikahan walaupun jauh di sudut hati saya sebenarnya berdebar-debar.

“Yang saya harapkan, majlis itu dapat berjalan dengan lancar dan tenang tanpa sebarang gangguan.

“Maklumlah, walaupun sebelum ini kami pernah mengumumkan tidak mengundang media Indonesia di majlis perkahwinan kami namun, saya percaya mereka akan berusaha dengan pelbagai cara untuk mendapatkan bahan berita.

“Diharap tidak akan berlaku sebarang kekecohan yang boleh mengganggu upacara pernikahan kami nanti termasuk keselesaan tetamu.



“Malah setiap hari saya berdoa dan memohon agar perkahwinannya mendapat restu dan keberkatan Yang Maha Esa,” katanya.

Ashraf menambah, majlis pernikahan diadakan dalam suasana tertutup dan cukup sederhana

itu hanya dihadiri keluarga terdekat. Dijangka seramai 50 orang rombongan dari Malaysia akan hadir.

Sementara itu, majlis resepsi sebelah mempelai lelaki akan diadakan pada 14 November dan 15 November bertempat di The Saujana Kuala Lumpur dengan konsep Inggeris dan juga di Kelab Golf Perkhidmatan Awam, Bukit Kiara berkonsepkan ‘pulang ke kampung’.

Source: Akhbar Harian Metro, Jumaat, 07 November 2008



0 comment(s) to... “Ashraf Sinclair dah tak sabar ?”

0 comments: