Faizal Tahir Dominasi Anugerah ?

Posted Sabtu, Disember 06, 2008 by Lelaki Herba in Labels:


SHAH ALAM, 5 DIS 2008: Dua buah lagu hasil karya Audi Mok, Sampai Syurga dan Cuba nyanyian Faizal Tahir layak ke...




Faizal yang juga selaku penulis lirik kedua-dua lagu berkenaan nyata terharu dengan keputusan itu sekali gus mengulangi percapaian beliau pada...



Anugerah Juara Lagu Ke-23 (AJL23) apabila melepasi saingan separuh akhir kategori Balada sebentar tadi.

Faizal yang juga selaku penulis lirik kedua-dua lagu berkenaan nyata terharu dengan keputusan itu sekali gus mengulangi percapaian beliau pada AJL 22 tahun lalu.

Turut layak seiringan ialah Bila Nak Saksi dendangan kumpulan Spider hasil ciptaan Tam dan lirik oleh arwah Loloq serta Hanya Di Mercu nyanyian Ayu hasil nukilan Aubrey Suwito dan lirik oleh Habsah Hassan.

Malam separuh akhir itu juga menjadi detik terindah buat bintang Akademi Fantasia 5, Aizat yang nyata mencipta kejutan apabila lagu hasil ciptaan sepenuhnya, Lagu Kita melengkapkan senarai 5 buah lagu yang layak ke AJL23 bagi kategori itu.

Saingan separuh akhir Muzik Muzik berlangsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral dan dihoskan oleh Cheryl Samad dan Faizal Ismail.

Selain 5 lagu berkenaan, lagu yang turut bertanding ialah Dingin - Ziana Zain (Azlan Abu Hassan/Azalea), Sejauh Ini - Dina (Sharon Paul/ Ahmad Fedtri Yahya), Teman Terulung - Anuar Zain (Azalea/ Azalea), Ada Untukmu - Nubhan(Zetty/ Abie Abdullah), Tanpa - 6itxh Sense (Gjie/ Wan), Bila Terasa Rindu - Dafi (Edry Abdul Halim/ Edry Abdul Halim), dan Cinta Terhalang - Bob (Sharon Paul/Shimy).

Satu lagi kategori yang akan dipertandingkan selepas ini adalah Pop Rock (12 Disember). Ia akan menyaksikan pertandingan sengit nama-nama popular seperti Mila, Stacy, Meet Uncle Hussein dan Ella berentap.

Senarai calon separuh akhir Muzik-Muzik dipilih melalui undian yang dibuat pada setiap minggu, berdasarkan tempoh kedudukan sesebuah lagu dalam carta.

Sebanyak 104 lagu daripada 3 kategori ini dicalonkan untuk bertanding namun hanya 34 lagu sahaja berjaya ke pusingan separuh akhir sebelum mara ke final untuk layak digelar juara AJL23.

Source: Murai.com.my



0 comment(s) to... “Faizal Tahir Dominasi Anugerah ?”

0 comments: