Kenapa Rich Estranged minta maaf ?

Posted Selasa, Disember 16, 2008 by Lelaki Herba in Labels:



MAJLIS perkahwinan penyanyi utama kumpulan...




malah mencetuskan kontroversi apabila pihak media tidak dibenarkan membuat liputan...



Estranged, Richael Lawrence Gimbang, 26, atau Rich dengan bintang Akademi Fantasia musim keempat (AF4), Velvet Lawrence Aduk, 21, pada 5 Disember lalu bukan saja mengejutkan peminat, malah mencetuskan kontroversi apabila pihak media tidak dibenarkan membuat liputan.

Ia turut menimbulkan perasaan kurang puas hati di kalangan wakil media di tanah kelahiran pasangan itu, Kota Kinabalu, Sabah.

Wakil media di sana yang berjaya menghidu majlis dirancang cuba membuat liputan, tetapi tidak dibenarkan sehingga dewan tempat perkahwinan Rich dan Velvet berlangsung dikatakan dikawal ketat.

Gara-gara tidak puas hati, timbul pula cerita kurang manis diperkatakan mengenai mereka iaitu perkahwinan dibuat secara tertutup bagi melindungi aib Velvet yang sedang mengandung.

Walaupun pelbagai khabar tersebar, Rich lebih senang mendiamkan diri.

Sebaliknya hanya teman dalam Estranged tampil memberi kenyataan, tetapi hanya membabitkan majlis dihadiri dan tidak lebih daripada itu.

Jumaat lalu sebaik saja selesai mengadakan persembahan di pertandingan separuh akhir Muzik-Muzik bagi kategori pop rock, pihak media terus mengerumuni Rich bagi mendapatkan sendiri kenyataannya.

Kata Rich, dia tidak pernah membelakangkan media atau menafikan mengenai majlis perkahwinan dirancang, sebaliknya menegaskan akan tampil memberi kenyataan kepada wartawan apabila majlis selesai dilangsungkan.

“Memang sebelum ini ada wakil media dari Semenanjung menghubungi saya bertanyakan perkara itu, tetapi saya jelaskan ia akan saya terangkan apabila segalanya selesai.

“Saya bukan sengaja mengelak atau mahu berbohong, tetapi kerana menghormati kehendak pasangan dan saya sendiri yang mahukan majlis yang diadakan dibuat secara sederhana dengan dihadiri hanya ahli keluarga, saudara-mara dan teman rapat.



“Perkara ini dibuat bagi menjaga kesucian perkahwinan yang dirancang. Ia tiada kena mengena dengan cerita yang timbul mengenai kehamilan Velvet kerana perkara itu tidak benar sama sekali,” katanya.

Apapun, kata Rich, dia memohon maaf kepada rakan media yang terasa hati, tetapi menegaskan tiada langsung niatnya untuk menyinggung perasaan mereka.

“Sebenarnya saya langsung tidak tahu mengenai kehadiran wakil media di majlis perkahwinan saya untuk membuat liputan, tetapi tidak dibenarkan masuk.

“Saya berharap dengan penjelasan ini rakan media faham dengan situasi dialami. Malah, peminat Estranged turut memberikan ucapan tahniah menerusi laman web dan dan tidak berkecil hati mengenainya,” katanya.

Rich yang mula menjalin hubungan mesra dengan Velvet ketika sama-sama menjadi pelajar AF4 mengakui dia dan Velvet tidak pernah merahsiakan hubungan cinta mereka.

Katanya, sejak sama-sama berada di dalam AF4 lagi mereka sudah berkawan, malah ada beberapa rakan media yang rapat dengan mereka juga tahu mengenai perhubungan itu.

“Seperti yang saya jelaskan awal tadi, ia dirahsiakan demi menjaga kesucian perkahwinan dibuat. Ia juga tiada kena mengena dengan dakwaan mengatakan bimbang peminat Estranged terutama wanita akan meninggalkan mereka.

“Saya yakin peminat sekarang sudah bijak menilai. Mereka menggemari kumpulan itu kerana lagu dan bakat yang mereka persembahkan, bukannya kerana hal peribadi,” katanya.

Source: Akhbar Harian Metro.




0 comment(s) to... “Kenapa Rich Estranged minta maaf ?”

0 comments: