Syamsul Yusof tumbuk Diana Danielle ???

Posted Jumaat, Disember 12, 2008 by Lelaki Herba in Labels:



KUALA LUMPUR: “Saya sudah maafkan dia, tapi tak dapat terimanya seperti dulu lagi. Saya trauma dan...




“Saya tidak akan tarik balik laporan itu kerana apa pula kata keluarga saya kelak kerana mereka menyaksikan kejadian itu. Lagipun, saya bukan mahu mendakwanya, sebaliknya laporan itu bertujuan mempertahankan diri..."



masih terkejut,” kata pelakon jelita, Diana Danielle yang kesal dengan tindakan pengarah muda, Syamsul Yusof, 24, mengasarinya.

Pada 28 November lalu, Diana membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang mendakwa Syamsul mengasarinya dalam satu pertengkaran di rumahnya, dua hari sebelum itu.

Diana mendakwa ditumbuk lima kali hingga cedera di telinga dan kepalanya.

“Dia cuba tumbuk muka, tapi saya mengelak menyebabkan tumbukan itu terkena kepala dan telinga. Bagaimanapun, pergaduhan kami dileraikan ibu saya (Norsiah Ramli) dan anggota keluarga lain yang berada di rumah.


“Akibat serangan itu, saya lebam di kepala dan telinga. Laporan polis yang saya buat bukan berniat mendakwa Syamsul, sebaliknya untuk mempertahankan diri,” katanya.

Ditanya adakah dia merancang menarik semula laporan polis itu, Diana ternyata enggan melakukannya.

“Saya tidak akan tarik balik laporan itu kerana apa pula kata keluarga saya kelak kerana mereka menyaksikan kejadian itu. Lagipun, saya bukan mahu mendakwanya, sebaliknya laporan itu bertujuan mempertahankan diri.

“Seumur hidup, saya tidak pernah dikasari sebegini meskipun daripada ibu sendiri. Apabila Syamsul bertindak sedemikian, saya cukup terkilan.

“Kalau boleh saya tak mahu bercakap lagi soal ini kerana tak mahu kenyataan saya mengguris hati pelbagai pihak, tambahan pula saya amat menghormati Datuk Yusof Haslam dan isterinya, Datin Fatimah Ismail yang sudah saya anggap sebagai ibu bapa sendiri,” katanya.

Diana berkata demikian ketika hadir pada majlis Lord's Tailor Brand New Look sempena ulang tahun ke-34 butik berkenaan di Pusat Beli-belah Bangsar di sini, semalam.

Kehadirannya pada majlis itu yang pertama sejak kejadian itu dilaporkan.

Pada 4 hingga 9 Disember lalu, pelakon yang melonjak melalui drama Air Mata Maria itu bersama ibunya ke Jakarta menguruskan pembikinan album sulungnya yang bakal memasuki studio sekitar April 2009.

Dalam temubual semalam, Diana agak keberatan berkongsi punca sebenar pergaduhan mereka meskipun terdengar desas-desus Syamsul mencemburui keakraban kekasihnya itu dengan jejaka bernama 'Daniel'.

Selain itu, Syamsul juga dikatakan tidak menyenangi persahabatan antara Diana dengan vokalis kumpulan Matta, Sonu.

“Saya pun tak tahu apa yang menyebabkan dia marah. Apa yang boleh saya katakan, masalah kami terlalu rumit.

“Pada hari kejadian, kami baru pulang daripada makan malam dan tak dinafikan berlaku pergaduhan kecil sebelum dia menyerang saya.

“Untuk pengetahuan, Daniel kawan lama saya. Sementara Sonu pula, perbualan kami hanya berkaitan hal muzik kerana pada rancangan awal, dia sepatutnya menghasilkan lagu untuk dimuatkan dalam album saya.

“Saya sendiri ada berbincang mengenai hal ini dengan Syamsul dan dia setuju. Bagaimanapun, atas sebab tertentu saya tak jadi menggunakan lagu Sonu dan digantikan dengan lagu Tompi,” katanya.

Diana juga menafikan Syamsul yang dikenalinya sejak tiga tahun lalu adalah kekasihnya, bagaimanapun mengakui pelakon dan pengarah muda itu teman rapatnya.

“Saya tak mahu mengklasifikasikan hubungan kami sebagai cinta kerana saya masih muda untuk memikirkan soal itu. Namun, saya tidak nafikan hubungan kami rapat.

“Saya juga harap Syamsul dapat menghadapi keadaan ini dengan tenang dan saya sentiasa mendoakan yang terbaik buatnya,” katanya.

Source: Akhbar Harian Metro,Jumaat, 12 Disember 2008.



0 comment(s) to... “Syamsul Yusof tumbuk Diana Danielle ???”

0 comments: