Datuk K, Siti Nurhaliza Kecewa ?

Posted Sabtu, Januari 10, 2009 by Lelaki Herba in Labels:


KUALA LUMPUR, 9 JAN 2009: Gara-gara kecewa dan tertekan dengan gosip liar perceraiannya dengan Dato' Siti Nurhaliza, usahawan sensasi, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa, (Datuk K), tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap penyebar khabar angin yang melampau itu...




"Untuk lukakan hati dia, nauzubillah, saya tidak akan sekali-kali melakukan perkara itu. Sebab itu saya tidak faham kenapa orang memfitnah saya, kononnnya ada affair dengan perempuan lain sedangkan boleh dikatakan setiap masa Siti ada bersama saya."



Dalam sidang media di Balai Berita NSTP, di Bangsar, semalam, Datuk K dan Siti merayu supaya penyebar gosip di dalam internet serta media cetak menghentikan penyebaran khabar angin itu yang boleh menjejaskan nama baik mereka.


Menerusi laporan akhbar Berita Harian hari ini, Datuk K berkata: "Saya ahli perniagaan dan bukan artis. Apabila gosip seperti ini timbul, reputasi saya turut tercemar. Apabila berurusan mengenai perniagaan, saya dapat rasakan ada yang memandang serong seolah-olah saya suami yang jahat.

"Saya harap cukuplah menabur fitnah terhadap saya. Letih rasanya apabila terpaksa membuat penjelasan setiap kali gosip tidak berasas seperti ini tersebar."


Di dalam Harian Metro pula Datuk K meluahkan rasa hatinya, "Kalau sebelum ini media pernah mengusik saya dalam ruangan gosip tetapi saya tidak pernah mengendahkannya atau melenting. Bagaimanapun tuduhan kami bercerai sesuatu yang melampau.


"Untuk pengetahuan, sepanjang perkahwinan, kami tidak pernah bergaduh kerana Siti seorang yang sangat bertolenrasi. Saya amat menyayangi isteri saya, saya bahagia dan gembira bersamanya.


"Untuk lukakan hati dia, nauzubillah, saya tidak akan sekali-kali melakukan perkara itu. Sebab itu saya tidak faham kenapa orang memfitnah saya, kononnnya ada affair dengan perempuan lain sedangkan boleh dikatakan setiap masa Siti ada bersama saya."


Bagi Siti pula, dia tidak pernah mencurigai suaminya itu.


"Setakat ini Siti belum pernah kerana suami saya seorang yang jujur. Sebelum berkahwin lagi sampailah sekarang dia tidak pernah berahsia dengan saya," kata Siti yang mengakui dia juga tertekan.


"Siti sudah lalui banyak benda dan sudah lali dengan gosip. Cuma apabila membabitkan perkahwinan, ia sangat sensitif kerana rumah tangga membabitkan perasaan dua insan, orang yang kita cintai malah mengheret sama nama keluarga kedua-dua pihak. Tambah membuat Siti sedih, isu sebegini diperbesarkan padahal tiada apa-apa yang berlaku," jelas Siti.


Disebabkan tohmahan dan fitnah yang melanda, Siti berkata Datuk K ada menyuarakan pandangannya supaya dia berhenti daripada menyanyi.


"Suami Siti ada menyuruh Siti berhenti daripada menjadi public figure tetapi Siti memujuk dan meminta dia bertenang. Kemudian kami berbincang bagaimana cara terbaik menghentikan gosip," kata penyanyi yang sudah bergelar Hajjah itu.


Baru-baru ini, timbul desas-desus kononnya mengatakan Siti sudah memfailkan penceraiannya dengan Datuk K. Terdahulu, Datuk K digosipkan berkahwin dengan seorang pramugari dan pernah menghadiahkan sebuah kereta BMW kepada pelakon jelita Rozita Che Wan.

Sumber: murai.com.my



0 comment(s) to... “Datuk K, Siti Nurhaliza Kecewa ?”

0 comments: