Keputusan Penuh Anugerah Juara Lagu (AJL) 23 !!!

Posted Isnin, Januari 19, 2009 by Lelaki Herba in Labels:



Tepat jam 9.00 malam semalam (18 Januari 2009), Anugerah Juara Lagu (AJL) 23 sudah membuka tirainya. Nampaknya, satu lagi sejarah baru dalam dunia seni hiburan tanah air telah tercipta di Stadium Putra Bukit Jalil. Selain itu, Faizal Tahir dengan...




Pendek kata, Anugerah Juara Lagu (AJL) 23 ini memang lain dari yang lain & unik daripada sebelumnya...



persembahan yang penuh gimik. Begitu juga, Meet Uncle Hussain yang mempamerkan persembahan yang mantap. Pendek kata, Anugerah Juara Lagu (AJL) 23 ini memang lain dari yang lain & unik daripada sebelumnya. Tambahan pula, gandingan 3 pengacara yang mantap seperti Faizal Bin Ismail, Ally Iskandar & Cheryl Samad sudah tentu menggamatkan & menghangatkan suasana anugerah itu.

Berikut merupakan senarai Finalis Anugerah Juara Lagu (AJL) 23 yang telah bertanding:

1. Kategori Etnik Kreatif
- Persoalan Cinta - Farawahida
- Dusta Berkalang - Aiman
- Doa Dalam Lagu - Zahid & Heliza

2. Kategori Balada
- Sampai Syurga - Faizal Tahir
- Bila Nak Saksi - Spider
- Hanya Di Mercu - Ayu
- Cuba - Faizal Tahir
- Dingin - Ziana Zain
- Lagu Kita - Aizat

3. Kategori Pop Rock
- Kalis Rindu - Elyana
- Lagu Untukmu - Meet Uncle Hussain
- Yang Pernah - Estranged
- Aku Stacy - Stacy
- Bukan Di Sini - Sofaz

Berikut merupakan senarai PEMENANG Anugerah Juara Lagu (AJL) 23:

1. Persembahan Terbaik
- Sampai Syurga - Faizal Tahir

2. Vokal Terbaik
- Sampai Syurga - Faizal Tahir

3. Kategori Etnik Kreatif
- Persoalan Cinta - Farawahida

4. Kategori Balada
- Sampai Syurga - Faizal Tahir

5. Kategori Pop Rock
- Lagu Untukmu - Meet Uncle Hussain

6. JUARA LAGU untuk Anugerah Juara Lagu (AJL) 23
- Lagu Untukmu - Meet Uncle Hussain


Taufik SM: Tahniah kepada para pemenang Anugerah Juara Lagu (AJL) 23...Hidup Meet Uncle Hussain !!! Hidup band indie !!!

# Ingat, industri seni hiburan tanah air ini masih "kecil" jadi penulis berharap agar semua artis di negara ini terus berjuang dalam berkarya dan terus menghasilkan lagu yang bermutu tinggi dan kalau boleh malar segar seperti lagu P. Ramlee... Tahniah kepada artis baru yang layak ke final AJL ke-23 seperti Aizat,Meet Uncle Hussain,Estranged dan lain-lain...



0 comment(s) to... “Keputusan Penuh Anugerah Juara Lagu (AJL) 23 !!!”

0 comments: