Que Haidar Hadiri Kursus Kahwin?

Posted Isnin, Januari 05, 2009 by Lelaki Herba in Labels:



Sejak hangat dikatakan bercinta dengan Linda Jasmine, Que Haidar tidak menafi atau mengiakan percintaan mereka. Namun, dia tidak menolak hasrat berumah tangga. Dulu kecoh orang berteka-teki mengenai status pelakon ini, ada kata dia meminati kaum sejenis...




Dulu kecoh orang berteka-teki mengenai status pelakon ini, ada kata dia meminati kaum sejenis...



Nampaknya, segala gosip liar mengenai pelakon ini bakal terpadam apabila GUA dengar Que sudah menghadiri kursus pra-perkawinan yang diadakan di salah sebuah pusat kursus di Bandar Tenggara, Kulai, Johor.

Menurut sumber GUA, Que menghadiri kursus itu bersama abangnya. Takkanlah Que sekadar menemani abang? Semestinya dia mempunyai rancangan untuk berkahwin dalam waktu terdekat.

Sumber GUA menambah, orang-orang kampung Que heboh mengatakan jejaka ini bakal menamatkan zaman bujangnya pada Februari 2009 nanti. Kalau benarlah bagai dikata, tahniah diucapkan. Semoga impian Que ingin ke jinjang pelamin dimakbulkan Tuhan.

Sumber: Gua.com.my



0 comment(s) to... “Que Haidar Hadiri Kursus Kahwin?”

0 comments: