5 Sebab Hukuman Hudud perlu ada di Malaysia !!!

Posted Isnin, Februari 09, 2009 by Lelaki Herba in Labels: , ,



Dalam mendepani transaksi modenisasi masa kini, isu yang melibatkan kewajaran pelaksanaan hukuman hudud bagi 'menggantikan' hukuman sedia ada sering menjadi bahan bualan atau menjadi bahan polemik dalam kalangan masyarakat di negara ini. Hal ini diburukkan lagi apabila isu hukuman hudud ini dibicarakan di pentas politik negara sehingga hampir menyebabkan kemelut politik antara parti-parti politik di Malaysia. Parti PAS ada mengatakan hasrat...




Pada pendapat peribadi penulis, hukuman hudud ini perlu dilaksanakan di Malaysia agar pelbagai jenayah dapat dibasmi sehingga ke akar umbi...



untuk melaksanakan hukuman hudud tapi berlainan pula dengan parti-parti politik yang lain. Mereka (parti-parti politik yang lain) menganggap hukuman hudud tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia. Lantaran itu, pelbagai kejadian kemelut politik yang boleh menggugat kestabilan politik di Malaysia boleh berlaku dan akhirnya boleh menjejaskan pertumbuhan ekonomi negara ini akibat kebimbangan pelabur asing yang takut untuk melabur memandangkan kemelut politik yang berlaku di negara ini.

Semua parti politik di negara ini perlu berganding bahu bagi membincangkan akan hal ini sebaik-baiknya. Jika tidak, tidak hairanlah kejadian rusuhan dan demontrasi acap kali menyapa halwa pendengaran kita saban hari. Pendek kata, mereka perlu mengambil langkah proaktif dan pragmatik bagi membasmi salah faham antara mereka (parti politik).

Pada pendapat peribadi penulis, hukuman hudud ini perlu dilaksanakan di Malaysia agar pelbagai jenayah dapat dibasmi sehingga ke akar umbi.

5 Sebab Hukuman Hudud perlu ada di Malaysia ialah:

-Pertama: hukuman hudud/syariat islam itu dicipta untuk tujuan menjaga akal, maka diadakan hukuman 80 sebatan kepada peminum arak agar akal fikiran selamat dan bersih. Jika tidak, tidak hairanlah ketagihan arak dalam kalangan remaja islam malah sesetengah artis di negara ini boleh berlaku.

-Kedua: hukuman hudud itu dicipta untuk tujuan menjaga nyawa, maka diadakan hukuman bunuh kepada pembunuh yang bersalah. Jika tidak manusia akan saling berbunuh-bunuhan.

-Ketiga: hukuman hudud itu dicipta untuk tujuan menjaga harta manusia, maka diadakan hukuman potong tangan terhadap pencuri agar harta manusia sentiasa selamat. Jika tidak, jumlah kejadian jenayah kecurian di Malaysia akan meningkat dan semakin berleluasa.

-Keempat: hukuman hudud itu dicipta untuk tujuan menjaga keturunan manusia, maka diadakan hukuman 100 kali sebatan terhadap penzina bujang. Tujuannya untuk menyelamatkan zuriat manusia daripada tercemar. Jika tidak, jumlah kelahiran anak luar nikah di Malaysia akan terus meningkat bagai cendawan tumbuh selepas hujan.

-Kelima: hukuman hudud itu dicipta untuk tujuan menjaga kesucian agama islam, maka diadakan hukuman bunuh terhadap golongan murtad. Jika tidak, orang islam akan sewenang-wenangnya keluar dari islam.

# Kesimpulannya, penulis mencadangkan agar hukuman hudud perlu dilaksanakan di Malaysia. Jika mendapat tentangan, penulis mencadangkan agar dilaksanakan kepada orang Islam sahaja manakala untuk orang bukan islam perlu mengikut hukuman sedia ada atau hukuman agama masing-masing.

# sila flag atau boikot blog berikut yang menghina agama Islam:

- Adibah Ahmed

Taufik SM: Terkejut dengan isu kemelut politik negeri Perak yang tidak berkesudahan...Apapun lu pikirlah sendiri... Assalamulaikum...

  • CETAK Artikel ini ...




  • 0 comment(s) to... “5 Sebab Hukuman Hudud perlu ada di Malaysia !!!”

    0 comments: