Abby Abadi ada skandal dengan Zul ?

Posted Ahad, Februari 01, 2009 by Lelaki Herba in Labels:




KL, 30 JAN 2009: Miss Propa kembali lagi minggu ini dengan celoteh tentang janda Norman Hakim, Abby Abadi, 31, yang masih dalam tempoh edah bercerai, pergi ke Guangzhou, China, dengan teman mesranya, Zulkifli Ariffin 23, baru-baru ini...




tujuan mereka ke China untuk perniagaan atau membeli kain seperti yang didakwa, kenapa Abby dan Zul perlu mengelak atau hendak menyorok daripada wartawan?...



Yang peliknya, selepas pulang ke Sepang, Malaysia, mereka berdua cuba menyorok ketibaan mereka di lapangan terbang kerana telah menghidu kehadiran pihak media.

Sekiranya, tujuan mereka ke China untuk perniagaan atau membeli kain seperti yang didakwa, kenapa Abby dan Zul perlu mengelak atau hendak menyorok daripada wartawan?

Bukankah selama ini Abby sangat mesra dan sayangkan wartawan hinggakan hendak bercerai dengan Norman pun dia memanggil wartawan sebagai penonton?

Yang penting khabarnya, Zul sudah punya seorang kekasih dan tindakan ke China itu telah melukakan hati kekasih Zul. Benarkah? Adakah Abby sendiri sudah menjadi orang ketiga sebagai mana Memey, bak kata pepatah, mengata dulang paku serpih?

Dalam pada itu, ketahui juga bagaimana caranya untuk mendapatkan kemeja-T eksklusif murai.com.my yang dipakai Miss Propa dalam rakaman celotehnya itu. Jangan lupa memberikan tips gosip anda kepada Miss Propa!

Sumber: Murai.com.my



0 comment(s) to... “Abby Abadi ada skandal dengan Zul ?”

0 comments: