Lan Meet Uncle Hussain (MUH) buat hal lagi ?

Posted Isnin, Februari 09, 2009 by Lelaki Herba in Labels:



KERANA nila setitik, rosak susu sebelanga. Begitulah SS ibaratkan situasi kumpulan Meet Uncle Hussien (MUH) kini...




KERANA nila setitik, rosak susu sebelanga. Begitulah SS ibaratkan situasi kumpulan Meet Uncle Hussien (MUH) kini...



Baru saja mencatat kejayaan manis di Anugerah Juara Lagu ke-23 (AJL23) pada 18 Januari lalu, cerita terbaru yang SS dengar, MUH sudah naik minyak, berlagak dan dikaitkan dengan pelbagai masalah disiplin.

SS difahamkan, individu yang sering menimbulkan masalah sehingga terpaksa ditanggung anggota MUH yang lain adalah vokalis kumpulan itu, Lan yang khabarnya sering datang lewat dan ada masanya tidak datang langsung. Soalnya komitmen setiap anggota terhadap satu-satu persembahan sudah dimaklumkan dari awal.

Baru-baru ini misalnya, Lan tidak menghadiri rakaman sebuah program yang diterbitkan RTM. Selepas berjam-jam menunggu, dia yang mulanya gagal dihubungi akhirnya mengirimkan SMS tidak dapat datang. Alasannya, kalau tidak silap SS, hendak buat laporan polis ekoran kemalangan jalan raya sehari sebelum itu.

Apabila kawan-kawannya bertanya kenapa tidak buat laporan semalam, dia memarahi kembali anggota MUH dengan menyatakan mereka tidak ada hati perut.

Disebabkan sikap tidak bertanggung jawab itu, kawan-kawan lainlah yang terpaksa menanggung akibatnya. Sudahlah SS dengar cerita yang MUH tengah 'kekeringan' sekarang ini kerana tiada tawaran persembahan lebih sebulan lalu.

Difahamkan, semuanya gara-gara Lan yang sering kali gagal muncul di lokasi persembahan menyebabkan penganjur tidak berminat mengundang mereka kerana bukan saja dianggap memungkiri janji tetapi memalukan penganjur yang sudah melakukan promosi dan mewarkan kehadiran mereka kepada orang ramai.

Semasa AJL tempoh hari, dua tiga kali juga dia buat perangai tetapi sebab nampak duit banyak depan mata, dia sanggup datang. Ramai menyangkakan Lan berubah sejak menang AJL tetapi sebenarnya sudah lama dia buat hal. Cuma, anggota MUH menyimpan rapi rahsia vokalis mereka itu.

Memang patut pun menjaga nama baik kumpulan tapi sebagai manusia biasa, siapa yang tahan kalau terpaksa menanggung beban orang lain. Disebabkan tidak tahan, khabarnya mereka hendak cari vokalis lain.

SS difahamkan lagi, sewaktu MUH menang AJL, Lan dengan berani mengatakan kemenangan lagu itu kerana kekuatan vokalnya. Bagaimanapun dia termalu sendiri apabila komposer terkenal Azmeer yang bertindak selaku ketua juri mengatakan Lagu Untukmu ciptaan gitaris, Taja diangkat sebagai Juara Lagu kerana kekuatan lagu itu pada komposisi muzik dan iramanya yang segar.

SS bukannya nak masuk campur tapi sebelum terlambat, SS berharap Lan ubahlah sikap, jadi orang bertanggungjawab sebab kawan SS di Harian Metro pernah terkena dengannya.

Kerja seni bukan kerja main-main. MUH bagi SS ada masa depan yang sangat cerah, jangan kerana seorang hancur musnah masa depan yang lainnya.

Sumber: Akhbar Harian Metro.


  • CETAK Artikel ini ...




  • 0 comment(s) to... “Lan Meet Uncle Hussain (MUH) buat hal lagi ?”

    0 comments: