Lawak Pelawak Malaysia , Lawak Bodoh ?

Posted Jumaat, Februari 06, 2009 by Lelaki Herba in Labels:



Kepada pembaca yang membaca tajuk rencana ini pasti mempunyai pandangan yang tersendiri masing-masing mengenai tajuk rencana ini. Ada orang bersetuju bahawa lawak daripada pelawak di Malaysia ini kebanyakannya menampilkan lawak bodoh. Namun demikian, bukan semua...




terdapat sesetengah pelawak masa kini yang kurang menitikberatkan mesej dalam lawak mereka. Tetapi,mereka lebih kepada lawak kosong...



bersetuju dengan isu ini yang menjadi bahan polemik dalam kalangan masyarakat di negara ini. Bak kata pepatah, rambut sama hitam, hati lain-lain. Terdapat sesetengah orang mengatakan pelawak masa kini suka menonjolkan lawak slapstik dan lawak bodoh. Ada juga yang serba salah sama ada hendak ketawa ataupun tidak apabila mendengar lawak yang dibuat oleh pelawak masa kini. Penulis bukanlah menuding jari kepada semua pelawak di Malaysia ini dan melabelkan mereka ini kurang kreatif kerana asyik menggunakan lawak slapstik sepanjang masa. Namun terdapat sesetengah pelawak masa kini, pada pendapat penulis, kurang kreatif, malas buat 'homework', dan menganggap diri mereka tidak perlu menimba ilmu baru bagi memantapkan lawak mereka agar sentiasa 'up-to-date' agar peminat tidak merasa jemu.

Selain itu, terdapat sesetengah pelawak masa kini yang kurang menitikberatkan mesej dalam lawak mereka. Tetapi,mereka lebih kepada lawak kosong tanpa sebarang mesej kerana bagi mereka janji orang ketawa mendengar lawak mereka sudahlah. Tanggapan ini jelas jauh bertentangan dengan tanggapan pelawak zaman dahulu seperti, P. Ramlee, Aziz Sattar, dan sebagainya yang menitikberatkan mesej dalam lawak mereka. Pada pendapat penulis, lawak mereka ini bersahaja tetapi bukan sahaja-sahaja.

Pada hari Rabu (4 Februari 2009) lalu, penulis sempat menonton Rancangan Ally di TV3 yang disiarkan pada pukul 11 malam. Topik yang dibincangkan pula ialah "Lawak Pelawak Malaysia , Lawak Bodoh ?". Jadi penulis terpanggil untuk mengutarakan pendapat mengenai isu ini. Secara peribadinya, penulis bersetuju dengan tajuk topik yang dibincangkan pada program televisyen itu. Pada saya, segelintir pelawak masa kini sering menonjolkan lawak slapstik dan bodoh semasa berlawak. Ini menunjukkan mereka ini kurang kreatif, malas buat 'homework', tidak mahu memikirkan balik bahawa lawak mereka sebenarnya kosong sahaja tanpa sebarang mesej. Malah, ada juga antara mereka yang mungkin tidak ada bakat untuk berlawak.

Tetapi, bukan semua pelawak masa kini begitu, bagi saya pelawak Afdlin Shauki boleh dijadikan contoh. Lawak beliau ada mesej juga. Selain itu, pendatang baru, Nabil Raja Lawak 2, lawak beliau 'boleh tahan', ada bakatlah juga tetapi kurang mesej. Apapun itu pendapat peribadi penulis sendiri.

Untuk maklumat lanjut, pembaca boleh juga melayari lawan web di bawah untuk mengetahui mengenai isu yang menjadi bahan polemik masa kini. Bagi penulis, isu ini perlu diselesaikan secepat mungkin. Bak kata pepatah, kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.

- Rancangan Ally di TV3 ...

Taufik SM: Suka dengar lawak P. Ramlee...Sekian... ( lu pikirlah sendiri )... Assalamualaikum...

  • CETAK Artikel ini ...




  • 0 comment(s) to... “Lawak Pelawak Malaysia , Lawak Bodoh ?”

    0 comments: