Que, Linda bersatu !!!

Posted Isnin, Februari 16, 2009 by Lelaki Herba in Labels: ,

TANGGAL 14 Februari menjadi detik paling bersejarah buat pelakon berbakat, Que Haidar dan pasangannya, koreografer popular, Linda Jasmine Hashim kerana selamat diijabkabulkan dalam satu majlis ringkas yang berlangsung di Bora Ombak, Ampang, di sini, kelmarin.

Dengan dua kali lafaz, Linda, 36, sah bergelar isteri kepada Que atau nama sebenarnya Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar, 29, pada majlis akad nikah disempurnakan jurunikah Mukim Ampang, Abu Sapian Jasin dengan berwalikan bapa Linda, Datuk Murad Hashim, kira-kira jam 5.55 petang.

Pada majlis berkonsepkan Bali dan pernikahan dalam taman bertemakan warna putih itu, Que cuma memberikan Linda mas kahwin sebanyak RM1,101, senaskhah al-Quran dan sebentuk cincin ketika acara membatalkan air sembahyang.

Ketika ditanya perasaannya selepas majlis akad nikah itu, Que berkata, dia berasa gembira selepas majlis yang dinantikannya itu selesai.

"Saya akui berasa takut dan gementar sebelum ini tapi selepas majlis akad nikah ini berakhir, perasaan saya bertukar menjadi sangat gembira.

"Lebih bermakna, hari bahagia kami ini ...

Read More ...


  • CETAK Artikel ini ...


  • 0 comment(s) to... “Que, Linda bersatu !!!”

    0 comments: