Siapa Ratu Kontroversi 2009 ?

Posted Sabtu, Februari 14, 2009 by Lelaki Herba in Labels: ,



Paparan Artis Paling Kontroversi 2009 yang telah disiarkan sebuah program hiburan popular baru-baru ini bukan sahaja mengejutkan peminat malah artis yang terlibat. Artis yang dimaksudkan ialah: ...




Artis tersebut terkejut dapat undian tertinggi artis paling kontroversi. Siapa artis itu ? ...



pelakon muda yang bernama Liyana Jasmay. Menurut program berdasarkan komen orang ramai melalui tinjauan yang dilakukan wartawan penyiarannya, peminat yang menentukan siapa artis yang dirasakan bakal mencetuskan kontroversi pada tahun ini.

Bagi artis lelaki, pengantin baru Mawi menduduki tempat pertama sementara artis wanita oleh Liyana Jasmay sekali gus mengetepikan aktres kontroversi 2008, Fasha Sandha. Mengapa pula Liyana Jasmay ? Apakah kerana kisah cintanya dengan penyanyi Aizat AF5 yang hangat diperkatakan termasuk pelakuan sombong terhadap peminat serta kegedikan gadis ini ?

Kalau ingin mengetahui lebih lanjut, sila layari:

- Akhbar Harian Metro - Liyana sedia berubah

Taufik SM: Liyana Jasmay kata dia akan menetapkan pendirian untuk sedia berubah dan berusaha keras & fokus terhadap kariernya. Betul ke ? Apapun, tunggu dan lihat sajalah apa yang akan terjadi nanti ...

  • CETAK Artikel ini ...




  • 0 comment(s) to... “Siapa Ratu Kontroversi 2009 ?”

    0 comments: