Norman dan Memey disaran berkahwin ?

Posted Selasa, April 21, 2009 by Lelaki Herba in Labels: , ,



di ceduk dari www.bharian.com.my

SEBAIK selesai ABPBH 2008, kotak e-mel Zubir sarat dengan pujian, kritikan dan komen peminat mengenai acara yang berlangsung dengan jayanya itu. Yang elok dijadikan semangat untuk menghasilkan lebih baik pada masa depan, yang kurang dijadikan sempadan untuk memperbaiki segala kelemahan.

Pun begitu, dalam banyak-banyak e-mel, Zubir tertarik dengan kiriman gambar pasangan merpati dua sejoli - Norman Hakim dan Memey yang disertai beberapa coretan nakal. Gambar Norman dan Memey sedang memegang kek hari jadi! Hari jadi siapa, Zubir kurang pasti. Tapi, rasanya hari jadi Memey kerana ulang tahunnya jatuh pada 25 Mac lalu. Lebih menarik, atas kek hari jadi itu tertera perkataan 'sayang', fuyoo!

"Sudah terang lagi bersuluh, sudah ada gambar lagi nak kata tak ada apa-apa hubungan. Ceria sungguh muka Norman dan Memey dalam gambar menyambut hari jadi. Agak-agaknya hari jadi siapa la tu? Buat Norman Hakim, jadilah lelaki gentleman dan mengaku hubungan cinta anda bersama Memey. Lagi bagus kalau anda berdua kahwin terus! Tak payah susah-susah naik turun mahkamah lagi.

"Tengok gambar yang lagi satu ni, jelas nampak kebahagiaan Norman dan Memey. Kan bagus kalau tak main sorok-sorok lagi?" kata pengirim e-mel berkenaan kepada Zubir yang berharap Norman dan Memey mengaku saja mereka bercinta, seterusnya berkahwin, tak perlu cover line lagi kerana semuanya sudah terbukti dengan dua keping gambar terbaru mereka itu.

  • Read More ...


  • CETAK Artikel ini ...


  • 0 comment(s) to... “Norman dan Memey disaran berkahwin ?”

    0 comments: