Ulasan Akademi Fantasia 7 minggu ke-4 !

Posted Ahad, April 05, 2009 by Lelaki Herba in Labels: , ,


Zizi, Rubisa Terkandas

Keduanya telah menonjolkan persembahan yang menarik. Namun, nasib tidak menyebelahi Zizi dan Rubisa apabila mereka menjadi pelajar seterusnya yang terpaksa meninggalkan Akademi Fantasia 7 di minggu keempat setelah diumumkan tersingkir setelah mendapat undian terendah seperti yang disiarkan di Astro Ria (saluran 104) sebentar tadi.

Rubisa dan Zizi, dua sahabat karib yang berasal dari Sabah ini masing-masing menyanyikan lagu Tiada Lagi dan Aku Dah Bosan nyanyian asal Amy Search sebelum itu telah mendapat pujian dari juri yang terdiri daripada Edrie Hashim dan Adlin Aman Ramlie yang bertindak sebagai pengkritik tetap serta Amy Search dan Datuk Siti Nurhaliza sebagai pengkritik jemputan

Pada konsert keempat ini, 6 pelajar lelaki telah melakukan persembahan iaitu Qhaud yang menyanyikan lagu Di Taman Teman, Aril (Lakaran Kehidupan), Akim (Destinasi Cinta), Yazid (Aku Cinta Padamu), Hafiz (Cinta Ini) dan Sidi (Ku Milikmu) nyanyian asal Datuk Siti Nurhaliza. Manakala pelajar wanita mempersembah lagu-lagu nyanyian Raja Rock Malaysia, Amy Search dimulakan Aishah dengan lagu Mentari Di Ufuk Timur, Claudia (Suralaya Dalam D Major), Isma (Kerja Gila), Rubisa (Tiada Lagi) dan Zizi menutup persembahan dengan lagu Aku Dah Bosan.


Sebagai penghargaan kepada dua ikon tersohor negara ini, kesemua pelajar menutup persembahan dengan lagu bonus Jerat Percintaan dan Isabella secara medley

Berikut adalah kedudukan pelajar sebelum dan selepas konsert.

Kedudukan pelajar sebelum undian ditutup:

PELAJAR dan PERATUSAN (%)

  1. ISMA - 21
  2. YAZID – 16
  3. HAFIZ – 10
  4. SIDI – 8

  • Read More ...



  • CETAK Artikel ini ...


  • 0 comment(s) to... “Ulasan Akademi Fantasia 7 minggu ke-4 !”

    0 comments: