Motif Siti Nurhaliza bertudung tapi tetap seksi !

Posted Sabtu, September 26, 2009 by Lelaki Herba in Labels: , ,


Banyak-banyak binatang, binatang apa paling seksi? Hehehe, tentulah Zebra sebab bukak Zip nampak Bra. Hahaha! Tapi kita bukan nak cerita pasal binatang kat sini tapi manusia. Manusia yang dimaksudkan adalah Datuk Siti Nurhaliza. Dari dulu sampai sekarang selalu sangat kami menerima email tentang kritikan cara pemakaian Siti ni. Tapi since dia puh dah besar panjang tambah-tambah lagi dah ada suami, pandai-pandai la dia nak hidup kan?

Tapi bila kami terima satu email dari pengirim yang ingin namanya dirahsiakan ni, baru kami tersedar mengapa Siti perlu berikan contoh yang baik bukan sahaja dari perbuatan malahan juga dari segi pemakaian. Mungkin ada yang berkata biarlah dia ataupun kubur lain-lain dan sebagainya. Tapi kita kena sedar bahawa Siti Nurhaliza adalah IKON dunia seni di Malaysia. Artis No 1 la katakan. Kata Malaysia negara Islam tapi ikon yang ada boleh diketegori’kan sebagai betul-betul Islam kah? Nyata TIDAK!

Sebenarnya pemakaian baju tersebut memang sudah jadi trend pun setahu kami. Bersepah dah kat KL ni. Tapi yang bersepah kat luar tu memang tak dapat nak buat apa la kan since orang pun tak kenal diorang. Tapi bila berkait rapat dengan Siti Nurhaliza ni, kami rasa eloklah Siti sedar diri sikit dan cuba beri tauladan kepada peminat-peminat wanita anda di luar sana terutama kanak-kanak.

Bukan nak kondem Siti atau apa, cuma anggaplah ini nasihat ikhlas dari kami. Kami tidak membenci Siti malahan kami juga peminat Siti dulu hingga kini eventhou’ lepas khawin dengan Datuk K, ramai lagi yang still minat Siti dan support Siti dengan beli album yang original. Kalau nak download bukan tak boleh. Ni ikhlas cakap ni.

Maaf ye Siti kalau ada terkasar bahasa.




Free tag generator

  • CETAK Artikel ini ...


  • 0 comment(s) to... “Motif Siti Nurhaliza bertudung tapi tetap seksi !”

    0 comments: