Nabil dan irma sudah merisik ?

Posted Rabu, September 23, 2009 by Lelaki Herba in Labels: , ,



Sempena Syawal yang mulia ini, pasangan merpati dua sejoli digandingkan bersama dalam persalinan sedondon untuk satu fotografi khas hari raya.

Pelbagai cerita dibualkan, bermula dengan kisah kerjaya sebelum berakhir dengan hal peribadi.

Setiap pasangan bercinta pastinya mengharapkan hubungan dijalani hampir setahun berakhir ke jenjang pelamin. Akui Nabil, memang ada perancangan merisik Irma sebelum ini.

"Ingatkan bulan Jun lalu hendak merisik Irma. Namun selepas berbincang, kami putuskan untuk tunda majlis itu apatah lagi, susah untuk mencari masa yang sesuai memandangkan masing-masing sibuk dengan kerjaya.

"Lagipun, kami tidak begitu risau soal merisik kerana baik Irma mahupun saya masing-masing sudah kenal keluarga kedua-dua pihak.

"Kebetulan adik saya, Siti Sarah hendak berkahwin Disember ini jadi eloklah biarkan dia lepas dulu.

"Insya-Allah, hujung tahun depan (2010) saya akan melamar Irma," katanya.

Akui Nabil, dia mensasarkan dua tahun daripada sekarang untuk berkahwin dan bercadang bertunang dua bulan sebelum bernikah.

Katanya, kalau ikutkan tempoh itu memang lama, tetapi Nabil mahu kumpul harta dulu sebagai persediaan masa depan.

"Mana tahu selepas berkahwin, Irma mahu berhenti berlakon untuk membesarkan anak-anak, sekurang-kurangnya dengan simpanan yang disediakan, bolehlah menyara keluarga.

"Lagipun, saya mahu tunaikan tanggungjawab terhadap orang tua terlebih dulu. Jika ada rezeki, saya mahu hantar emak abah menunaikan haji," katanya.

Manakala Irma yang sentiasa tenang dan matang melayani kerenah Nabil yang lucu itu mengakui, kalau ikutkan usianya dia sudah layak berkahwin.

"Kalau zaman-zaman dulu, memang saya boleh dianggap anak dara tua, tetapi mujurlah zaman sekarang orang tidak kisah sangat soal usia kerana orang perempuan juga layak mempunyai karier dan masa depan sendiri.

"Memanglah sebagai orang perempuan, terus-terang saya sudah bersedia untuk bergelar isteri dan ibu, tetapi dalam hal kami, saya tidak mahu mendesak Nabil apatah lagi mengenangkan Nabil baru hendak membina kariernya.

"Waktu namanya tengah laku inilah, biarlah dia buat duit banyak-banyak. Nanti bolehlah gunakan simpanan yang ada untuk membuka perniagaan yang menjamin depannya serta keluarga kami.

"Kalau terburu-buru berkahwin pun buat apa, kerana saya sendiri sibuk berlakon dan faham-faham sajalah kerja kahwin ini bukan sikit duit nak pakai.

"Saya juga punya tanggungjawab terhadap keluarga. Rasanya belum puas untuk membahagiakan orang tua.

"Sebagai seorang wanita dan kekasih saya hanya berharap agar hubungan kami ini berkekalan sampai ke alam rumah tangga," katanya.

Bercerita lanjut mengenai perkahwinan impian, Nabil berkata, dia mahu mengadakan tiga majlis bersanding iaitu di sebelah keluarganya di Seremban, Negeri Sembilan, Sungai Buloh, Selangor sebelah keluarga Irma dan satu majlis khusus untuk teman media termasuk kenalan artis yang rapat.

"Sama seperti orang lain, saya juga impikan sebuah perkahwinan yang berkonsep. Memandangkan saya merancang untuk melangsungkannya di tiga tempat maka bajet pun besar. Jadi perlukan masa buat persiapan," katanya.

Tahun kedua beraya sebagai artis, juara Raja Lawak musim kedua ini memanfaatkan cuti empat hari bersama keluarga tercinta yang berada di Mambau, Negari Sembilan. Tambahan pula, ini kali pertama kediaman orang tuanya berwajah baru selepas mengalami proses pengubahsuaian.

"Walaupun Seremban dengan Kuala Lumpur tidak jauh, tetapi kesibukan kerja menghalang saya untuk bertemu dengan keluarga.

"Justeru, lebaran yang mulia ini saya memang ingin menghabiskan masa dengan mereka sepuas-puasnya.

"Tapi pada pagi raya saya juga terikat dengan satu program di Shah Alam," katanya.

Manakala, Irma yang mula bercuti 18 September lalu mengambil cuti panjang untuk meluangkan masa bersama keluarga.

Katanya. sepanjang Ramadan dia sibuk dengan penggambaran tiga drama iaitu Terima Kasih Cikgu, Awan Dania musim kedua dan Hikayat Seorang Zulaikha.

"Boleh dikatakan tiap-tiap hari ada penggambaran dan masa bersama emak sangat terbatas. Rasanya lebaran inilah masa terbaik untuk 'membalas dendam' selepas berpenat-lelah di lokasi sepanjang Ramadan.

"Sekembalinya dari bercuti, saya terus terikat dengan penggambaran Awan Dania untuk blok kedua," katanya.

Sementara Nabil, sekembalinya daripada cuti akan terikat dengan musim baru program Ewah-Ewah, Pondok Pondok, Studio Nabil, Sonata Labu Labi dan termasuk sebuah rancangan bagi saluran Astro Warna.



Profil

Nama: Irma Hasmie Ibrahim

Tarikh lahir: 8 Januari 1982

Usia: 27 tahun

Asal: Kuala Lumpur

Pencapaian: Gadis Jelita 2004

Iklan komersial: Tourism Malaysia (Cuti-Cuti Malaysia), Fair &

Lovely, Yamaha & Pringle's

Filem: Cinta Fotokopi, Main-Main Cinta, Diva dan Dua Hati Satu Jiwa

Drama: Lima, Awan Dania, Bella, Rahsia Gambar, Hantu Raya, Segalanya

Ku Terima dan Cinta 5 Bintang.





Nama: Ahmad Nabil Ahmad

Tarikh lahir: 26 September1983

Asal: Mambau, Negeri Sembilan

Usia: 26 tahun

Adik-beradik: Anak ketiga daripada tujuh beradik

Pencapaian: Juara Raja Lawak 2, Artis Baru Lelaki Popular, Artis

Komedi Lelaki Popular & Bintang Paling Popular (ABPBH 2008)

Filem: Sifu & Tonga, Lu Pikirlah Sendiri De Movie, Kecoh Betul, Jin

Notti, Eee...Hantu, Momok The Movie, Pisau Cukur, Magika, Uncle Hussein,

Bangladesh dan Cicak-Man 3

Program: Lu Fikirlah Sendiri Nabil, Apa Cerita Nabil, Hua...Hua...Hua

..., Pondok-Pondok, Studio Nabil, Ewah-Ewah dan Hartamania.

Telefilem: Sonata Labu Labi.




  • Sumber





  • CETAK Artikel ini ...


  • 0 comment(s) to... “Nabil dan irma sudah merisik ?”

    0 comments: