Sejuta orang menonton Filem JIN NOTTI ?

Posted Rabu, September 23, 2009 by Lelaki Herba in Labels: , ,


Kira-kira sejuta penonton telah menonton Jin Notti pada Hari Raya pertama di 70 pawagam seluruh negara.

"Syarikat kami memang mensasarkan satu juta penonton pada hari pertama dan yakin sasaran ini telah dicapai," ujar Ketua Pemasaran dan Peruncitan KRU Studios, Ayu Ramli.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KRU Studios, Norman Abdul Halim amat gembira dan bersyukur dengan kejayaan filem ini. Jin Notti yang dibintangi oleh Mawi, Farah Fauzana, Cat Farish dan ramai lagi berjaya menawan hati penonton yang sebelum ini telah mengetahui kualiti filem-filem terbitan KRU seperti Cicak Man dan lain-lain.



  • CETAK Artikel ini ...


  • 0 comment(s) to... “Sejuta orang menonton Filem JIN NOTTI ?”

    0 comments: