Artis tinggalkan 3 permainan seks

Posted Selasa, Oktober 13, 2009 by Lelaki Herba in Labels: , ,


Petikan diambil dari www.gua.com.my

Macam-macam hal dunia hiburan tempatan yang menjadi buah mulut orang ramai. Ada cerita sensasi, ada cerita suam-suam kuku, tidak kurang juga cerita yang sengaja direka untuk mencari publisiti. Walau apa pun jenis ceritanya, peminat dan pembaca tetap mahu tahu cerita selanjutnya.

GUA pernah terbaca mengenai cerita seorang artis yang meminta permainan seks daripada kekasihnya. Kalau sampai sudah meminta permainan seks, pastilah si artis mempunyai kehidupan yang nakal dan menyimpang dari tatasusila seorang gadis kerana dia masih belum berkahwin.

Baru-baru ini, ada sumber memberitahu GUA si artis tidak mahu lagi menggunakan permainan seks yang dimintanya apabila bertindak meninggalkan permainan itu di rumah sewa yang tidak lagi didudukinya.

GUA mendapat tahu, si artis tidak mahu apa-apa hubungan dengan kekasihnya, kerana itu dia bertindak meninggalkan ‘benda’ yang pernah dimintanya. Menurut sumber GUA lagi, permainan seks yang ditinggalkan bukan satu, sebaliknya tiga dan mempunyai pelbagai bentuk.

Mungkin juga si artis sudah insaf dan tidak mahu mengingat kisah-kisah lampau bersama bekas kekasihnya itu. Atau mungkin juga si artis mahu memberitahu bekas kekasihnya bahawa dirinya tidak sesekali menyesali perpisahan yang berlaku.

Sumber GUA menambah, kesemua permainan seks itu akan disimpan bekas kekasih si artis sebagai kenang-kenangan percintaan mereka dan mengingati betapa nakalnya si artis!



  • CETAK Artikel ini ...


  • 0 comment(s) to... “Artis tinggalkan 3 permainan seks”

    0 comments: