Pelakon Wan Sharmila bercerai ?

Posted Ahad, Oktober 25, 2009 by Lelaki Herba in Labels: , ,


Pelakon drama Sindarela (sebagai Tasha), Kisah Kaisarah (sebagai Amy), Tari Tirana dan beberapa lagi drama tempatan iaitu Wan Sharmila Wan Muhamad telah bercerai secara baik (talak 1) dengan suaminya, Fazli Bahrom pada jam 10:30 pagi tadi ( 23 Oktober 2009) di Mahkamah Syariah Johor Bahru.

Mahligai yang mereka bina hanya bertahan beberapa tahun (nikah pada awal tahun 2007). Sebab mengapa penceraian ini berlaku tidaklah pula kami ketahui malah tidak ingin juga kami ketahui kerana itu masalah peribadi mereka dan harus kita hormati. Apa yang kami harapkan, agar kedua-dua pihak tabah menerima ketentuan illahi ini.



  • CETAK Artikel ini ...


  • 0 comment(s) to... “Pelakon Wan Sharmila bercerai ?”

    0 comments: