Gosip Artis : Jawapan Nora Danish Tentang Isu Penarikan Diri Dalam Spa Qistina

Posted Ahad, November 15, 2009 by Lelaki Herba in Labels: , , , , , ,



Ikutilah Jawapan dari Nora Danish sendiri:


Selepas mendengar pelbagai versi mengenai apa yang berlaku di lokasi ‘SpaQistina’ minggu lepas, di mana Nora Danish dikatakan mengamuk ataskehadiran Fasha Sandha, rasanya ia hanya adil jika tuan empunya diridiberi peluang untuk bersuara.

Ikuti temubual Nora dan para media apabila ditemui petang tadi selepasmajlis doa selamat penggambaran filem ‘Jangan Pandang Belakang Congkak2′ di pejabat MiG di Subang Jaya.

Komen Nora tentang apa yang telah berlaku.
Nora tak nak kontroversi. Ini (lakonan) periuk nasi Nora. Takkan Noranak rosakkannya? Nora tarik diri sebab Nora rasakan permintaan Nora diambil sambil lewa dan tidak di hormati. Menarik diri dari satu produksiadalah sesuatu yang sangat negatif. Tapi bila ia melibatkan perasaan,susah nak cakap. Fasha tak terlibat langsung (dalam keputusannyamenarik diri). Rasanya, dia tak tahu ada perjanjian di antara Nora danGlobal Station.

Nora tahu orang nampak Nora lemah, boleh dipijak tetapi pasal prinsip,Nora memang tegas. Nora dan pihak Global Station mempunyai satuperjanjian yang kuat, perjanjian lisan di antara Nora dengan Kak Zaiton(Zaiton Mohd Jiwa, penerbit Global Station) di mana Nora tidak mahu ada’scene’ bersama dan sebumbung dalam satu set lokasi dengan Fasha.Apabila Nora di yakinkan bahawa permintaan Nora akan di penuhi, Noraterima tawaran ‘Spa Qistina’.

Nora selalu tekankan perjanjian ini pada pihak penerbit agar semuafaham dan tak timbul masalah seperti ini. Malah malam sebelumpenggambaran hari tu, Nora ‘explain’ sekali lagi pada Adila (AdilaDatuk Ramly, penerbit eksekutif Global Station). Bagi Nora, apa yangberlaku, rasanya adalah dari kecuaian pihak produksi.

Sebenarnya sebelum insiden itu, sudah timbul beberapa persoalan didalam fikiran Nora kerana apabila Nora diberikan jadual penggambaran,ada tertulis satu babak Nora bersama Fasha di dalam sebuah kelab. BilaNora tanya, kru produksi kata mereka tak buat. Tapi sejak itu,macam-macam Nora fikir. Nora tak tahu jika Nora telah dipergunakan.Tapi Nora tak rasa apa yang berlaku itu telah di rancang.

Apa sebenarnya yang berlaku hari itu?
Call time Nora, 1 petang. Dan Nora pun tahu call time Fasha, 4 petang.Nora tunggu sampai 4 petang tapi penggambaran tak bermula lagi. Masatu, Nora ingatkan pihak produksi dah hubungi Fasha untuk memberitahutentang kelewatan penggambaran dan minta dia datang lambat.

Selepas tu, ada orang beritahu Nora, Fasha dah ada di set. Nora ingat,tipulah. Bila Nora keluar dari bilik, Nora nampak dia, jaraknya dariNora lebih kurang 200 meter saja. Dia tengah di solek dan membacaskrip. Kalau dia baca skrip, bermakna dia tahu ’scene’ mana yang nak di’shoot’ tapi Nora masih tidak diberitahu.

Hari tu, ’shoot’ pertama dengan kru baru. Jadi mereka pun serabut. Noraawal-awal dah tahu akan ada kelewatan dalam penggambaran. Persoalannya,mengapa pihak produksi tak hubungi Fasha untuk memberitahunya datanglambat sikit?

Nora ‘call’ Adila sebab Kak Zaiton dan Adila tak ada di set, jadimereka tak tahu apa yang berlaku. Nora tanya Adila mengapa Fasha ada disini. Tak bolehlah macam ni sebab kami dah ada perjanjian. Noraberitahu Adila, Nora kecil hati. Adila pun suruh Nora balik dulu. Lepastu, Nora berjumpa dengan pengarah. Masa tu, Nora dah dalam keadaan nakmenangis.

Nora terlalu terkilan dan kecewa dengan sikap pihak produksi yangmengambil remeh perkara ini. Nora terima (tawaran ‘Spa Qistina’) atasperjanjian kami tetapi mereka telah melanggarnya. Sebenarnya Nora punbelum menandatangani kontrak dengan Global Station. Malah cek untukbayaran pertama pun belum dimasukkan ke dalam bank.

Mengapa pula Nora boleh bersama-sama Fasha menjayakan fesyen show di Malaysia International Fashion Week (MIFW) 2009?
Kalau ia satu acara anugerah atau majlis, itu lain. Dalam setahun lebihNora bercerai, dah banyak kali Nora berjumpa dia di majlis. Tapimasalahnya kalau berlakon. Nora memang tak nak. Nora tak mahu bilaberlakon bersama, kisah kami dijadikan bahan kontroversi. Bukan Noratak nak maafkan dia. Nora memang nak maafkan tapi Nora tak mahu iadibuat-buat atau dipanaskan ceritanya. Nora memang tak nak lagidikaitkan dengan kontroversi.

Nora tahu sejak insiden ini, orang menuduh Nora bermacam-macam.Walaupun Nora pada awalnya rasakan kami boleh berlakon dalam produksisama, tetapi bila Nora di sana, perasaan itu lebih daripada segalanya.Nora cuba untuk jadi profesional tapi tak boleh. Perasaan itumenyelubungi diri Nora.

Sekarang mereka mempertikaikan profesionalisme Nora tapi dari awalnya,memang dah tak profesional sebab Nora minta untuk tidak digandingkandalam mana-mana babak dan tak boleh sebumbung. Selepas ini, jika adatawaran lain untuk bekerja dalam produksi sama dengan Fasha, Nora takakan terima sebab Nora dah tahu apa yang akan di lalui. Nora dah serik.

Nora menyesal menerima tawaran ‘Spa Qistina’?
Jika Nora tahu (apa yang akan berlaku), Nora tak akan terima. Kesilapanterbesar Nora ialah menerima tawaran ‘Spa Qistina’ sebab ceritanyatentang kontroversi dan sedikit sebanyak ada kaitan dengan kisah hidupNora. Disebabkannya, perhubungan Nora dengan Kak Zaiton dah rosak.

Selepas enam tahun dalam industri, inilah sejarah paling hitam dalamkerjaya Nora, rasanya lebih teruk dari kegagalan perkahwinan Nora. Noraterkejut sangat dengan apa yang berlaku sampai demam pun ada.

Nora tahu apa yang terjadi telah mendatangkan kesan buruk ke atas diriNora. Sebelum ini, Nora tak pernah menghadapi apa-apa masalah denganmana-mana produksi. Tapi Nora percaya, pihak produksi yang pernahbekerja dengan Nora tahu Nora orang yang macam mana.

Bagaimana perasaan Nora apabila membaca kenyataan Kak Zaiton?
Nora tak kisah apa yang dikatakannya. Itu pendapat dia. Apa pun Noratetap ‘respect and adore her’. Nora ambil tawaran ‘Spa Qistina’ punkerana dia semata-mata. Nora tak marah. Kalau Kak Zaiton sudibekerjasama dengan Nora di masa depan, Nora terima.

Nora percaya ada orang yang ‘cucuk’ Kak Zaiton. Sebelum MIFW,perhubungan kami masih okay tapi selepas MIFW, timbul salah faham. Noraada hubungi dia untuk menjelaskan apa yang berlaku tapi panggilan Noratak dijawab. Bagi Nora, Kak Zaiton faham apa yang Nora lalui. Cumaketika dia membuat kenyataan pada media, dia fikirkan dari perspektifseorang ahli perniagaan.






  • CETAK Artikel ini ...


  • 0 comment(s) to... “Gosip Artis : Jawapan Nora Danish Tentang Isu Penarikan Diri Dalam Spa Qistina”

    0 comments: